October 16, 2013

It's been a while...

Posted by Aly Alberta at 11:51 AM 0 comments

Ohhh.. Not that while I guess... It's been so longgg already... Haih..

Yes, I know. Time really kills my life.

Amr pun dah besarrr..

April 13, 2013

Yeah...

Posted by Aly Alberta at 11:47 PM 0 comments

...now I can blogging at anytime, anywhere...

Stay tuned...

Published with Blogger-droid v2.0.10

January 15, 2013

2013

Posted by Aly Alberta at 11:00 AM 0 comments

Hahhh!! Dah 15hb baru nak 2013 2013.. Ngeng!!!

Happy New Year you all...=p

Tau dah basi tapi nak juga wish. Kasihani la mumy yang ada blog ni tapi tak dan nak update blog. Hari ni baru teringat yang I ada blog yang dah lama terbiar. Haih!

So, what's up peeps?

Saya macam ni jugaaaa... Hidup dah ada anak dah tak sama macam hidup bujang or hidup berdua husband and wife. Ini baru anak 1, esok kalau ada anak 2 3 4 5 tak tau la apa jadiii... Heeeee...=p

Cakap pasal anak, Amr is fine and doing very well. At 9 months 15 days he knows almost everything. Mari kita recap...

1. He likes to eat. 3 senduk besar bubur nasi yang di-blend boleh dihabiskan dalam masa 30-45 minit. Kalau dah kenyang Amr akan buat-buat macam nak muntah. Alhamdulillah Amr tak pernah sembur-menyembur lagi setakat ni. Sebab according to e-book that I've read, if your child is full they will spread out the foods as a sign.

2. He able to run and walk and run and walk again. But, with kaki ayam la. If with shoes Amr agak kekok sikit tapi kekok-kekok pun lari adalah laju, tak dan nak kejar/tangkap.

3. Love to watch TV. Bebudak kalau cartoon memang BFF kan? Amr loves to watch Mickey Mouse and The Clubhouse, Hi-5, OME, Upin dan Ipin, Boboiboy, Geng Bas Sekolah, Superstar, drama melayu kengkadang especially kalau ada perempuan comey, sexy, scene gadu-gaduh...

4. Suka punggah barang. Mainan dia kalau tak ada di setiap sudut rumah tak sah. Heret ke sana, seret ke sini, baling sana, baling sini. Tu tak pandai tendang lagi, esok kalau dah pandai tendang habis bola melantun sana sini.

5. Suka gigit. Yang ni ambo tak berapa berkenan. Sakit tau tak! Walaupun salah ambo. Duluuuuuu masa pregnant, I suka gigit-mengigit ni. Siap merayu nak gigit lagi. Abeyohs la jadi mangsa. Sekarang I yang jadi mangsa. Abeyohs kata padey muko mung! Hampeh!

6. Dah reti mengamuk. Kalau ditinggalkan mesti mengamuk tanda jangan tinggalkan dia. Kalau mengamuk mesti guling-guling, terbalik-balikkan badan. Hardcore youuuu..

7. Able to call Ba Ba for Baba, Ma Ma for mumy. Sejuk perut gua bila dengar Ma Ma Ma.

8. Bubbling words. Entah apa yang dicakapnya. Kengkadang macam dia reply to us back after we talk to him. Recently, dia pandai cakap tak nak but on sound style. Example, if I want to put his diaper I will say Amr kita pakai pampers ok and he will reply to me like na na naaaa sounds like no no noooo.... Dengar macam menganying pun ada juga. Geram.

I guess that is all for now. I'll add some more later...

Till then laaa...
 



December 12, 2012

12.12.12

Posted by Aly Alberta at 3:59 PM 0 comments
Hi.. It's my birthday on the triple 12 day.

Alhamdulillah.. Masih berkesempatan menyambut birthday yang ke 12 plus fourteen years old.

Thanks for all the wishes, kisses, loves, hugs, doa' and so on... All of it really made my day.

May God bless you all too.

Amin.


 

December 3, 2012

Uishhhhhhh...

Posted by Aly Alberta at 12:37 PM 0 comments
...lama gilaaaaaaaa tak update! Adehhhh... 

Tungggguuuu... Will update soooooooooooonnnnnnnnn....

Happy December!

Jingle bell, jingle bell, jingle all the waaaaayyyyyyyyyyyy...

October 2, 2012

Preserve flower for sale. RM35 per piece.

Posted by Aly Alberta at 1:54 AM 0 comments

August 29, 2012

Wordless Wednesday # 18

Posted by Aly Alberta at 10:46 AM 0 comments



August 18, 2012

29 Ramadhan 1433H, 2012

Posted by Aly Alberta at 12:13 PM 0 comments
Haluuuu.. Saya masih di kL... Heeeeeeeee... Si Ngia Rio rosak, saat ini dia masih di workshop. Kesian. Kesian dia sebab kena operate. Kesian kami juga sebab tak boleh balik kampung.

Actually, ada hikmah di sebalik kejadian niiii.. Kalau laa abeyohs tak bawa dia pergi bazaar hari khamis lepas, tak tau laa apa akan jadi pada kami di tengah jalan malam tuu. Sebab planning kami nak balik kampung adalah hari khamis malam jumaat tapi bukan la tengah malam, subuh jumaat tu sebelum sahur kami gerak. Selalu abeyohs pergi bazaar naik motor je, entah apa angin dia hari tu nak naik keta pula. Balik dari bazar park depan rumah sementara nak buka pagar, bila nak masuk dalam tetiba ada bunyi benda terseret. Kuat gila. Sampai jiran sebelah rumah pun keluar jenguk. Ingatkan bumper jatuh dan terseret tapi sekali tengok tayar depan sebelah kanan dah lari tune dan steering tak boleh pusing, so kereta tak boleh gerak. Abeyohs intai-intai ada benda patah. Nampak macam teruk. Abeyohs running pergi workshop & cari foreman. Foreman datang and tengok and cakap memang kena tukar and kosnya RM400. Habislaa budget raya.. Itu pun tak cukup lagi tuu.. Haih!

Tapi, abeyohs tak pergi kedai tu laaa.. Sebab nampak macam cekik darah jeee.. Pagi jumaat abeyohs and his part time foreman, mirul pergi cari workshop lain... Sejam lepas tuu lorry towing sampai. Then tetiba ada orang menjerit-jerit. Bukan sebab takut or menangis tapi sebab excited. Orang tuu adalah amr budak busyuk masyam. Punya la excited tengok towing tu. Siap buat bunyi tet tet tet lagiii bila towing tu tengah reverse.. Lama juga nak tow kereta tuu sebab posisi dia & sebab tayar tak boleh pusing dan dia pun tak boleh gerak. Dah la kereta auto, lagi la payah...

Lepas sejam baru boleh sambung and tarik. Itu pun selepas menyuruh jiran-jiran alih kereta dorang. Then bermula laaaa tugas abeyohs sebagai penunggu workshop. Sampai ke maalaaammm.  So, new planning nak balik klate subuh sabtu tapi tak dapat juga sebabnya ada rosak lain pula. Yang patah tu dah ganti balik, yang ni bengkok pulaaa.. Adeh memacam.. So, nak tak nak kena tunggu sabtu pula untuk ganti yang bengkok tu. Kena cari parts dia duluuu.. Haih!

Oleh itu, sekarang ni abeyohs masih setia menjadi penunggu workshop. Foreman tu cakap siap hari ni, so perjalanan balik ke klate adalah selepas keta siap dibaiki. Maybe petang or malam or esok pagi. Eh esok pagi? Pagi raya? Huargggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Huarggghhh lagiiii dan lagiii dan lagiiiii...

Bye. Huarrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

August 9, 2012

20 Ramadhan 1433H, 2012

Posted by Aly Alberta at 11:34 AM 0 comments
Hi.. Assalamualaikum.. Tinggal 10 hari je lagi nak raya.. Cepatnya.. Seriously, puasa tahun ni langsung tak rasa. Entah kenapa. Pelik pun ada juga ni. Sebab ada anak kot. Ye la, sampai rumah lepas fetch Amr from school dah pukul 6 pm. Kalau singgah bazaar, sampai rumah dah pukul 6 lebih. Cuci rice cooker, masak nasi, unfrozen ayam, kemas dish rack, melayan Amr, changing diaper;baju;seluar;wiping Amr, susukan Amr, kengkadang tidurkan Amr then tup tup dah pukul 7.20. Terkejut den! Nasib baik ada chef terhebat kuuu...siap juga juadah berbuka puasa kami. Alhamdulillah.

Kalau dolu-dolu masa bujang-bujang, waktu nak berbuka tu rasa macam lambat sangatttttt, sebab tak buat apa pun... Kalau makan kat rumah, lauk pauk dah siap beli, tinggal buh dalam pinggan and masak nasi je... Kalau makan kat kedai, tunggu lauk dihidang, itu kalau lambat masak, kalau cepat, emmm menatap la lauk-pauk tu sementara tunggu azan berkumandang...

Haih! Rasa macam tak puas pula puasa tahun ni. Emmmmm... Takpe laaa.. InsyaAllah kita berjumpa lagi di tahun hadapan ye Ramadhan.. InsyaAllah..

Preparation raya apa macam? Dah settle? Kalau dah settle, cun la tuuu.. Kami punya belum settle.. Heeeeeeeee... 1 apa pun belum beli lagi ni... Oh kain pelekat dah beli tapi belum bayar lagi... Boleh tak? Heee.. Bukan tak nak bayar tapi kena tunggu duit dari kementerian kewangan dulu.. Hari ni, 9 Aug, kementerian kewangan jadi kaya so mari kita berjimba esok, lusa dan tulat. Yippieeeeeeeeeee!!!!!!!

Kepada pembekal kuih and empunya bisnes kain pelekat di office, esok saya bayar ye..

Kepada pemborong baju-baju kurung, sila keluarkan baju-baju yang glamorous.. Tahun ni beli baju siap sudah... Kain-kain ela yang belum dijahit tu pergi jahit lepas raya... Heeeee...

Oh.. Ada baby fair di kLcc 10-12 Aug. Jom serangggggggg!!!!!

 Pic Go-ogled

10 hari terakhir di bulan Ramadhan adalah 10 hari yang amat bermakna. Mana tau kita berjumpa dengan malam Lailatul Qadar. InsyaAllah. Wallahualam.

 Pic Go-ogled

Till here then.


July 27, 2012

7 Ramadhan 1433H, 2012

Posted by Aly Alberta at 12:45 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Hari ni dah 7 Ramadhan. Gila cepat masa berlalu. Tak sedar. Emm.. 

Preparation for Raya is null. Haih! Baju raya belum beli or tempah. Baju raya Abeyohs belum cari. Baju Amr lagi laaaaa.. Orang cakap, kalau dah ada anak ni nak buat preparation tu adalah semangat! Tapi Abeyohs and I, heh no feeling at all. Abeyohs suka buat last minute. I suka planning tapi disebabkan Abeyohs suka last-last minute so I pun terjebak sama. I dah buat list tapi list hanya tinggal list. Tunggu bonus kot baru list tu dicari balik. Heeee.. =p

Ok, cerita pasal Ramadhan. Until yesterday, kami berjaya berbuka puasa di rumah tanpa kelam kelibut. Manage to masak + beli lauk di bazaar. Disebabkan lauk dari bazaar juga la Abeyohs cherry berry 2 hari berturut-turut. Kesian. Me? Tak. Sebab I masih berpantang makan-makan ni, Amr kan breastfeed so I terselamat. Thanks God. Kalau cherry berry juga, memang pengsan.

Menu hari-hari adalah sup, sup, sup dan sup. Sup ayam of course la masak sendiri. Sup daging beli kat bazaar laaa... Oh, dan bonbon ayam. Itu adalah menu wajib kami berbuka puasa. Kuih muih macam biasa laaa... Seri muka, murtabak, agar-agar, akok, puding caramel semua dah rasa tinggal kuih talam and donut lagiiii.. Petang ni kena beliiii...

How is bazaar? Emm hanya 1st day je pergi bazaar tu pun bazaar kecik yang boleh di-conquer selama 10 minit. Bazaar besar tak pergi lagi. Parking kat bazaar selalu pergi. Heeeeee... Amr and I duk dalam keta after fetch Amr from school. Bukan tak nak pergi tapi kesian Amr. Bazaar tu ramai orang, banyak asap, macam-macam orang so untuk kebaikan bersama kita duk dalam keta dengar HotFM Jam je laaa.. Abeyohs laa selalu pergi bazaar. Hasil pembelian juga agak lumayan. Ye la, kalau dah lapar, semua pun bedal...

Amr pula macam mana? He's ok. Orang sahur, dia pun sibuk nak bersahur. Orang buka puasa, dia sibuk nak sleep. Layan je laaaa... Sekarang, Amr dah boleh tiarap. Siap angkat kepala and sengih lagi. Kalau letak atas comforter on the floor memang akan meniarap. Play gym dia dah bukan rupa play gym dah sebab Abeyohs dah cabut benda alah yang gantung-gantung tuu. Semalam dia nak meniarap tapi tersekat kat tiang benda gantung-gantung tu terus merengek laaa.. Oleh itu, hall kena lapang dan luas sebab dia bukan je pandai pusing dan tiarap tapi pusing + tiarap + guling-guling + mengengsot. Nampak gayanya macam kena beli kandang ni.. Kat mana ada jual ek??

Ok laaa.. Nak ready untuk ber-window shopping kat bazaar tengahari kat bawah office ni pula. Mana tau ada yang berkenan...

Till here..

July 21, 2012

1 Ramadhan 1433H, 2012

Posted by Aly Alberta at 12:25 PM 0 comments
Alhamdulillah, kita bertemu sekali lagi dengan Ramadhan. Tahun ni tahun ke 2 berpuasa sebagai Nur Airly Alberta dan sebagai isteri. Alhamdulillah. Tahun ni, tahun pertama berpuasa as a mummy. Alhamdulillah. Dan, tahun ni juga kena berpuasa sambil bagi breastfeeding. InsyaAllah success.

Hari pertama, cun! 

Sahur, bangun. Abeyohs and Ben juga bangun. Sahur bertiga.

Nasi, habis sepinggan. Kenyang.

Air 3L, cukup, lebih kot. 

Perut setakat 11.50am, ok. Mungkin sebab hari Sabtu kot so challenge tak berapa nak rasa sangat. 

Si kecil Amr, tak berapa nak meragam, now, he is sleeping. So, tenaga masih kuat. 

Kuantiti susu, Alhamdulillah ada. Setakat ni belum pam lagi sebab si kecil Amr menyusu every 2 hours, so, production tu masih aktif laaa.. Malam karang or sebelum subuh adalah wajib mengepam. Buat stok. Sebab, malam-malam si kecil Amr menyusu every 3 4 hours, so, kena pam supaya konsep demand and supply itu dipenuhi.

Juadah berbuka puasa? Belum terfikir. Sekarang di dalam kotak fikiran ni adalah baju raya. Ye, saya belum tempah baju raya lagi. Ada berfikir-fikir nak beli baju siap je tapi kalau beli pun kena beli sepasang je la. Kalau beli 2 3 pasang, tauke balak pun bankrap. Tailor dulu sudah lost contact. Ada 3 pasang kain tempat dia tak jahit lagi sebab dah pregnant. Minta dia hold dulu sebab takut measurement lari lepas deliver. Now, nak contact balik, number tu dah out of service.  Kecewa! Tapi nanti nak try jenguk kat rumah dia. Sayangnya kain 3 pasang tu. Orang bagi tuuuu.. Enmmm... Anyway, tailor baru dah jumpa tapi tak pergi tanya lagi boleh jahit lagi ke tak? Kalau dah tak boleh, alamatnya kita kena mengepau Abeyohs laa untuk 2 3 pasang ready made baju raya untuk tahun ni. Heeeeee....

Ok laa.. Si kecil Amr dah bangun and berry-berry.

Till the next post.

Happy Ramadhan Kareem.


July 18, 2012

Nasi Ayam Baba

Posted by Aly Alberta at 8:39 PM 0 comments






p/s..PM for order..=p

July 16, 2012

Assalamualaikum...

Posted by Aly Alberta at 10:15 AM 0 comments
...semua. Lamanya tak melepak dalam niiii... Blog walking pun dah lama tak buat. Saya busy. Almaklum la kitaran hidup sudah berubah. Ni baru anak satu, nanti-nanti dah anak dua tak tau la apa macam... Tapi, nak anak dua tu pun lambat lagi kot. Ngilu dalam perut ni masih terasa. Belum sembuh sepenuhnya I guess...

Oh, Amr's birth story tu masih ada dalam draft. Tak siap-siap lagi. Entah bila nak siap. Amr pun dah 3 bulan setengah. Agaknya dah sampai waktu kot untuk siapkan. InsyaAllah by this week. Ada banyak lagi story mory lain. Semuanya simpan elok dalam kepala ni. Tinggal nak luah je. Nanti, one time kena cari masa lepak lama sikit dalam ni.

Till here for now.

June 18, 2012

Happy Father's Day...

Posted by Aly Alberta at 9:21 AM 0 comments
...to...

Baba Mohd Nazmeen..
Daddy Agus Yanul..
Abah Mohamad Husin

& to all Fathers in the world.

 

June 13, 2012

Wordless Wednesday # 17

Posted by Aly Alberta at 11:48 AM 0 comments

April 19, 2012

Naz Muhammad Amr Haidhar Bin Mohd Nazmeen

Posted by Aly Alberta at 12:54 PM 0 comments
DOB: 31st March 2012
Time: 1757 hrs
Weight: 3.32 kg
Length: 50 cm



March 26, 2012

Lamanya...

Posted by Aly Alberta at 2:36 PM 0 comments
tak update... Haih! Bukan malas tapi tak berkesempatan, tapi, pergi Hot Air Balloons berkesempatan... HaHaHa..

Enjoy the photos peeps..






Only this for this year. Kami pergi pepagi sebab malam tu ada live football game, Klate vs entah dah tak ingat. Selalu pergi petang dapat laaa lepak sampai malam, tengok macam-macam balloons tapi kali ni dapat tengok only 5 6 balloons, tu pun yang biasa-biasa je, so we looking forward for next year. Heeeeeeeeee...

Ohhh, yang ini obviously bukan hot balloons tapiiii hot macho man, PM me for the phone number..=p




March 3, 2012

Tidakkah Kita Prihatin??

Posted by Aly Alberta at 10:30 PM 0 comments
Hi, pernahkah anda melihat soalan di atas? Yup! It's in the Star/Putra/Monorail tren. Atau, mungkin di dalam KTM juga. Di dalam bas awam juga. Pendek kata, soalan itu berada di semua pengangkutan awam yang ada di Kota Lumpur ini.


Selalunya, di atas soalan itu terdapat gambar golongan OKU/orang tua/ibu mengandung dan di bawah soalan itu ada anak panah menunjukkan sebuah kerusi yang boleh dipenuhi oleh 3 orang. Tetapi, tetapi, jarang sekali 3 orang yang sedang duduk itu adalah orang-orang di dalam golongan gambar yang tertera.


Kenapa begitu? Adakah rakyat Malaysia ini tidak prihatin? Eh, tak boleh salahkan rakyat Malaysia semata, sebab ada banyak jenis manusia yang berada di dalam LRT pada satu-satu masa. Adakah manusia di dunia ini sudah tiada hati perut? Atau pun, siapakah lebih prihatin? Lelaki atau wanita?


Saya tiada jawapan bagi soalan itu tapi saya ada beberapa situasi yang boleh membuat anda berfikir akan jawapan pada soalan tersebut. Situasi ini berlaku kepada saya semasa saya menjadi salah satu daripada golongan gambar pada soalan itu.


Situasi 1


Masa: Pagi, sebelum pukul 8.00 am.
Tempat: Dalam Monorail
Perjalanan: Stesen Maharajalela ke Stesen Raja Chulan
Situasi: Sunyi sepi sebab pepagi orang semua not in the mood yet including me. Monorail agak penuh pagi tu, all seats are occupied. So, ibu mengandung ini tidak berharap pada siapa-siapa untuk memberi tempat duduk sebab pepagi badan masih fresh dan bertenaga. Namun, dalam masa yang sama ibu mengandung tetap menjeling kepada setiap orang yang duduk itu, ada yang tidur tapi tak tau la tidur betul or tidur-tidur ayam or pura-pura tidur, ada yang buat tak tahu, ada yang baca paper, ada yang melayan perasaan, ada yang bercakap di telefon dan macam-macam lagi. Sehinggalah sampai di stesen Raja Chulan, tiada siapa yang bangun dan memberi tempat duduk kepada ibu mengandung ini.


Situasi 2


Masa: Petang, selepas waktu kerja
Tempat: Dalam monorail
Perjalanan: Stesen Raja Chulan ke Stesen Bukit Nanas
Situasi: Monorail sangat packed! Biasalah, semua orang nak balik rumah cepat. Bila monorail dah penuh sangat memang susah nak dapat tempat duduk walau pun ibu mengandung ini berdiri betul-betul di depan orang yang boleh duduk. Sampai stesen Bukit Nanas, ibu mengandung tetap setia berdiri. Keluar sahaja dari monorail, kaki memang rasa macam nak patah tapi masih boleh jalan lagi.


Situasi 3


Masa: Petang, selepas waktu kerja
Tempat: Dalam Putra LRT
Perjalanan: Stesen Dang Wangi ke Stesen kL Sentral
Situasi: Putra pun penuh dengan manusia! Tren 2 koc pula tu. Bila masuk je, tak sampai seminit seorang wanita bangun dan memberi tempat duduk kepada ibu mengandung ini. Terima kasih!


(Situasi 3 ini pernah berlaku 2 3 4 kali)


Situasi 4



Masa: Petang, selepas waktu kerja
Tempat: Dalam Putra LRT
Perjalanan: Stesen Dang Wangi ke Stesen kL Sentral
Situasi: Tren 4 koc tapi agak penuh. Ibu mengandung berdiri dan tetiba seorang wanita memberitahu seorang lelaki sasa ada ibu mengandung ni dan tanpa jawapan si lelaki sasa itu memberi tempat duduk kepada ibu mengandung ini. Terima kasih!


Situasi 5


Masa: Petang, selepas waktu kerja
Tempat: Dalam Putra LRT
Perjalanan: Stesen Dang Wangi ke Stesen kL Sentral
Situasi: Ibu mengandung mendapat tempat duduk sebaik saja masuk dalam tren. Bila sampai di stesen berikutnya, ada lagi seorang ibu mengandung yang sarat masuk dan ibu mengandung yang tak berapa sarat ni bagi la tempat duduknya, rasanya masa tu saya mengandung baru masuk 6 bulan, so perut tak obvious sangat tapi orang sebelah saya agak malu juga la sebab dia sihat tapi dia tak bagi tempat duduk dia. Dan, untuk menutup malu tersebut, dia bangun dan memberi tempat duduk kepada ibu mengandung yang tak berapa nak sarat ni. Kedua-dua ibu mengandung bertentang mata dan berbalas senyuman. Heeeeeeeee.....



Situasi 6


Masa: Petang, selepas waktu kerja
Tempat: Dalam Putra LRT
Perjalanan: Stesen Dang Wangi ke Stesen kL Sentral
Situasi: Tren 2 koc dan penuh. Ibu mengandung berdiri betul-betul di depan orang yang duduk tapi 2 orang wanita ini khusyuk bercerita. Tiba-tiba 1 suara lelaki kedengaran, "akak tak nak duduk ke?, saya boleh tolong cakapkan", so sweet kan?, tapi ibu mengandung ini menggeleng kepala tanda tidak setuju sambil menjawab "takpe la bang, saya masih boleh berdiri". Mungkin salah seorang wanita itu mendengar perbualan kami lalu bila kawan dia keluar di stesen Masji Jamek, dia pun terus berdiri dan menghilangkan diri ke koc sebelah. Ibu mengandung dapat duduk. Terima kasih gentleman!



Situasi 7


Masa: Petang, selepas waktu kerja
Tempat: Dalam Monorail
Perjalanan: Stesen Raja Chulan ke Stesen Bukit Nanas
Situasi: Macam biasa, penuh dan padat. Ibu mengandung berdiri betul-betul menghadap pintu. Tiba-tiba ada wanita mencuit supaya berdiri menghadap dia dan perut tak berlaga dengan cermin pintu. Tetapi, lelaki di belakang wanita tersebut tak reti duduk diam dan asyik melanggar bahu wanita tersebut, tak tau dia sengaja or memang dia tak boleh stand still. Oleh sebab itu, handbag wanita itu asyik menyucuk perut ibu mengandung dan wanita itu terpaksa berkali-kali mengubah kedudukan handbag. At last, wanita tu tak tahan, terus sound, duduk diam-diam boleh tak?! Sampai stesen Bukit Nanas, ibu mengandung keluar tanpa menoleh sikit pun ke belakang. Takut!




Ok laaaaa, cukup laaa sampai situasi yang ke 7 saja. Ibu mengandung tak larat duduk lama-lama, nanti kaki membengkak bagaikan juara. Rasanya, anda ada jawapan pada soalan dia atas kan?


Keprihatinan kita selalunya Tuhan balas dengan pahala tapi kita mesti ikhlas.


Till the next post.

February 15, 2012

Pregnancy Chronology Part II

Posted by Aly Alberta at 11:07 AM 0 comments
January 2012
  • Hard movement all around the tummy.
  • Kungfu, Muay Thai, WWE sudah start. Football training pun sudah start.
  • Another baby’s stuffs have purchased. The big-big one and the mahal-mahal one. Sampai   Abeyohs mengepek sebab angkat berat-berat..=p
  • Re-planning baby’s room. Mula-mula kat bawah, tapi macam tak sesuai so pindah kat atas.

Continued Story…
  • Went for monthly check-up, everything was fine except blood pressure naik, 120/80, nurse suruh check biweekly blood pressure. Kena datang klinik 2 kali semata-mata untuk check blood pressure saja. Thanks God, both check-up was fine, dedua dapat 110/70.
  • Berat dah cecah 65 kg. Itu berat sendiri, berat baby dalam 1.7+ kg.
  • Suppose to balik Klate on CNY for sembahyang hajat for me tapi Abeyohs kena kerja. Postponed to February.

February 2012
  • Kaki semakin bengkak. Pergelangan kaki totally hilang. Dari betis sampai ke kaki adalah straight to the point, no figure, satu size.
  • Pinggang dah mula sakit. Rasanya macam gelek dalam gelung getah 24 jam tanpa henti.
  • Mentekedarah buah tarap di Ampang. Uncle Uncu yang baik hati membawa 10 biji buah tarap all the way from Kuala Penyu. Itulah ganjarannya apabila berbakti pada tanah.
  • Naik 0.5 kg from the last check-up, beza 10 hari. Nasib baik. Dengar pengalaman orang, kalau naik banyak kena minum air gula lagi sekali. Oh, tidak!
  • Buat kira-kira, from 13+ weeks sampai 33+ weeks, berat naik adalah sebanyak 14+ kg. Maybe 36 weeks dah cecah 70 kg. Berat baby adalah unknown. Kena pergi Klinik Kita dalam masa terdekat ni for scanning. Dalam masa 4 bulan lebih naik 14+ kg, bolehkah dalam masa pantang 2 bulan turun at least 20 kg? Haih!
  • Baby semakin kuat bergerak. I have feeling that dia tak selesa. Dia dah besar tapi tempat limited. My tummy is small. Kalau naik LRT, orang ramai takkan bagi tempat duduk untuk ibu mengandung ini, sebab perut tak nampak apa lagi kalau pakai baju besar. Kesian kan? Nasib badan.
  • Sleepless night has started. Training kot. Esok lusa, baby dah keluar, night time might be worst than now. So, Tuhan suruh belajar dari sekarang. Hehe.. Tak boleh tidur sebab baby was so active at night. Siang-siang dia duduk diam, especially pepagi. Petang-petang baru dia start in action sampai subuh. Haih! Macam tanda-tanda dia akan berjaga sepanjang malam, tidur sepanjang siang bila keluar nanti. Nasib badan.
  • Easy to get exhausted. Sangat. Duduk penat. Berdiri penat. Berjalan penat. Naik tangga lagi la penat. Makan je tak penat. Hahaha...
  • To be continue...

February 3, 2012

Dolu-Dolu....

Posted by Aly Alberta at 11:11 PM 0 comments
Berikut adalah gambar-gambar bagi tahun 2006-2009...












p/s..gambar adalah tidak mengikut tahun dan umur..hehe

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device