Showing posts with label football. Show all posts
Showing posts with label football. Show all posts

July 19, 2011

Chelsea Asia Tour 2011

Posted by Aly Alberta at 8:15 AM 0 comments

Go More Harimau Go More!!!


A HIGH FIVE to ai ai captain!!!




*all photos are from mr.google*

July 18, 2011

Dream Team

Posted by Aly Alberta at 12:55 PM 0 comments
Duluuu... ini dream team saya...

Goalkeeper - Apek
Defenders - Mahali, Muslim, Fadhli, Asra
Midfielders - Amirulhadi, Safiq, Gurusamy, Kunanlan
Strikers - Safee, Norshahrul

Tapi...

Sekarang... ini dream team saya...

Goalkeeper - Sharbinee
Defenders - Mahali, Muslim, Fadhli, Asra
Midfielders - Amirulhadi, Safiq, Gurusamy, Ashaari
Strikers - Safee, Norshahrul

Football Matches...

Posted by Aly Alberta at 12:18 PM 0 comments
Julai adalah bulan bola sepak!!

10 Julai 2011 (Futsal) - SME Corp FC 1 vs 0 Matrade (Juara Futsal Lelaki, Sukan MITI)

*Fakta;
- Abeyohs is a pom-pom boy.
- Tahun lepas, 2010, naib juara. Tahun ni, 2011, up sikit jadi juara.
- 1st time melukis peta berpandukan google map. Printer ada, toner out.
- kL kembali hidup selepas #Bersih!


13 Julai 2011 (Bola Sepak) - Arsenal FC 4 vs 0 Malaysia XI (Arsenal Asia Tour 2011)

*Fakta;
- TIADA LIVE DI STADIUM ASTRO!!!
- Tengok game via streaming tapi kena pakai low resolution baru tak buffering. Display suku daripada monitor.
- Defenders are totally out.
- R.v.P is amazing tapi Muslim Ahmad lagi awesome! =p
- SBJ menjadi Stadium Emirates.



16 Julai 2011 (Bola Sepak) - Liverpool FC 6 vs 3 Malaysia XI (Liverpool Asia Tour 2011)

*Fakta;
- Safiq and Safee are Super S!!!!
- Joe Cole kecil je, takde la besar pun. Lebih kurang Mahalli juga. Tapi, Andy Carroll ye!
- Sekali lagi, defenders are totally gone.
- SBJ bertukar menjadi Stadium Anfield.


17 Julai 2011 (Bola Sepak) - SME Corp FC 2 vs 0 MITI (Juara Bola Sepak Lelaki, Sukan MITI)


*Fakta;
- Abeyohs is wearing jersey number 3 as right back.
- 12 jam duduk di Stadium Mini Bukit Jalil.
- 3 botol air mineral, 10 gelas air sirap, sebungkus sandwich, sebungkus nasi ayam.
- Mereka main bola atas padang turf. Awesome!
- 1st time jadi juara!!!!
- Sunburn!!!!
- Jumpa face to face team Malaysia yang akan lawan team Chelsea.
- Ong Kim Swee dah tak macam orang cina. Sebiji macam melayu. Faktor kulit yang telah bertukar warna.
- Piya handsome ok!!!
- Si Kecik aka Wan Zaharulnizam memang kecik!!!!


21 Julai 2011 (Bola Sepak) - Chelsea FC vs Malaysia XI (Chelsea Asia Tour 2011)

*Fakta;
- Sekali lagi SBJ secara automatik akan bertukar menjadi Stamford Bridge.


23 Julai 2011 (Bola Sepak) - Singapura vs Malaysia (Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014, Pusingan Kedua, Perlawanan Pertama)

*Fakta;
- Main di Stadium Jalan Besar, Singapura dengan hanya 500 tiket diberi kepada penyokong Malaysia sebab kapasiti stadium adalan 2 ribu orang.


28 Julai 2011 (Bola Sepak) - Malaysia vs Singapura (Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014, Pusingan Kedua, Perlawanan Kedua)

*Fakta;
- Saya salah seorang yang akan membeli tiket.



Go More Malaysia Go More...




p/s.. 18 Julai 2011 - Abeyohs vs Tilam (Juara Makan Panadol)


July 15, 2011

Liverpool Asia Tour 2011

Posted by Aly Alberta at 3:23 PM 0 comments

Go More Harimau Go More!!




A big HELLO to Andy Carroll





*all photos are from mr.google*

YNWA!!!!!


p/s..astro sila siarkan live!!!!!!!!

July 13, 2011

Arsenal Asia Tour 2011

Posted by Aly Alberta at 8:38 AM 0 comments

Go More Malaysia Go More!!!


A big HI to R.v.P...




*all photos are from mr.google*

July 4, 2011

Congratto Malaysia!!!

Posted by Aly Alberta at 3:37 PM 0 comments
Tahniah Malaysia ku yang tercintaaaa.. Walaupun kalah, walaupun ref gedik ya amat, walaupun penonton ramai sebab masuk free, walaupun sup ayam ku tak jadi sebab tengok korang main, pasukan Malaysia tetap mara ke pusingan kedua. Congratto!!!!

Goal Aidil adalah sekali lagi, unbelievable!!! Goal Safiq always outstanding!!!! Dedua goal adalah free kick. Chinese Taipei dapat TIGA penalty. Dua masuk, satu dapat diselamatkan oleh Sharbinee. Penalty pertama memang patut, penalty kedua sepatutnya free kick, penalty ketiga memang tak patut. Fakri dijatuhkan dalam penalty box tapi ref gedik tu tak bagi penalty pun dan playback takde. Tak acih!!

23 July ialah birthday Dato' jumpa Singapore di Singapore untuk pusingan kedua. Go More Malaysia Go More. I have may faith on you Datuk K.R. All the best Harimau Malaya!!!


p/s..berbaloi tak pergi sin semata-mata nak tengok bola?..boleh celebrate birthday dato' sekali..



July 1, 2011

1st Round WCQ Brazil 2014 - Asia Zone

Posted by Aly Alberta at 9:58 AM 0 comments
Hi.. TGIF. But I'm not feeling good. Don't know why. Let the body do the talking. Kalau sakit, kita melawat clinic. Kalau tak larat, kita sleep all over the weekend. =p

Yeah! Malaysia won the 1st leg WCQ versus Chinese Taipei. 1st leg full time result is Malaysia 2 vs 1 Chinese Taipei. Oh, I'm one of the 45 thousands supporters was shouting, laughing, jumping and doing the waves in the SBJ. The game was amazing. Safiq's goal was awesome. Aidil's goal was unbelievable. Ultras Malaya as usual, was the greatest. Geng gendang pun gempak habisssss...


Unfortunately, Muslim is not playing. But, watched him training before game and during half time was a priceless memories. =p

The 2nd leg game will be held this coming Sunday, 3rd July at Taipei Municipal Stadium. I have no idea if there is Kick Off Live at TV either Astro or RTM. Hopefully one of the broadcasting will bring the game to us.

And, I'm hoping to watch the AFF Suzuki Cup 2010's team will playing the 1st eleven. Because they were the best team ever. Team last Wednesday was OK laaa but not good as them.

My Dream Team.


Goalkeeper - Apek
Defenders - Mahalli, Muslim, Fadhli, Asra
Midfielders - Amirulhadi, Safiq, Gurusamy, Kunanlan
Strikers - Safee, Norshahrul


All the best Malaysia! Go More Malaysia Go More! My pray always be with you all.



June 28, 2011

2011, June 23

Posted by Aly Alberta at 12:11 PM 0 comments
Hi… This date means a lot to me and I’m sure to many of us. Happy; sad; lost; frustrated; tired; sleepy; hopeless; victory feeling are mixed together in me on this date.

Why so? I experienced many things on this date. Ok, let me tell one by one ye…

1st… The happy stories…
Malaysia Olympic team wins and moves on to 3rd round!!!! Horey!! Even though they play with 10 peoples on the 2nd half but their victory spirit is strong and bigger. Lebanon had scored their 1st goal and struggling to have the 2nd goal but Malaysia does the great defending. Good job Malaysia!!!

Sepah became the Maharaja Lawak. Congratto Jep, Mamat and Shuib. Korang memang OMG!!!! Haaaaaaaaaaaaa…. Semputttttttt… Jozan is the 1st runner up. Nabil got selepuk RM150, 000 for the 3rd place and the muka legend hati cute on the 4th place.

We are 6 years 8 months. Another 4 months to go for the 7. Thanks God!


2nd… The sad story…
Abeyohs’s uncle (Pok Udo) passed away at 3.30 am that morning. We started our 12 hours journey from kL-kB-Gerik at 5 am in the morning. We received a call at 4.30 am. We stayed one night at Gerik for accompany his aunt (Udo) and family. Pok Udo left one wife (Udo) and three amazing boys. He is still young, 39 years old but God knew what is better for him. Cause of death is heart attack. 39 years old and heart attack. What a day now? Muda-muda dah kena sakit jantung. Dudes, please jaga kesihatan. Memang hidup mati di tangan Tuhan tapi masa kita hidup ni jagalah kesihatan luaran dan dalaman sebaik-baiknya. InsyaAllah, hidup kita dipermudahkan. Semoga roh Pok Udo dicucuri rahmat. Amin. Alfatihah.

Udo, she can accept it but inside, I can’t imagine. Hope she will be strong for the boys. Her 1st son is 14 years old. The 2nd is 13 years old. The youngest is 9 years old and he is an adorable boy. I like him. He can play football very well. He got the talent. Ijey, miss you!


3rd… The tired story…
The longest journey I had been in the car. kL to kB is 7 hours. kB to Gerik is 4 hours. All journey are in the same car same day with 2 drivers. It’s an experience by the way. kB to Gerik same as Keningau to Ranau. Bikin pening tu jalan nasib tia muntah.


4th… The frustrated story…
Gua frust gila-gila punya frust sebab tak dapat tengok secara live Muslim Ahmad dan kawan-kawan bermain di SBJ. Gua dah berangan-angan dah tapi angan-angan tu tinggal kenangan. Nasib baik frust ini dapat ditebus dengan game esok. Malaysia vs Taiwan for World Cup 2014 Qualification. Minta-minta Abeyohs ada hati nak pergi tengok. Kalau takde hati memang gua merajuk setahun!!!! =p



Good Luck Malaysia!!!! 

p/s..ada sesiapa jual jersey ori malaysia rona kuning??..saya mau beli!!!

June 20, 2011

Si Daddy...

Posted by Aly Alberta at 10:54 AM 0 comments
Hi.. Congratto Malaysia!!! The senior team wins 2-0 against Myanmar, friendly match at SSMIV, kB. The junior team draws 0-0 with Lebanon Olympic team, 2nd leg at SBJ this coming Thursday, 23th June 2011. Jom kita ke SBJ. Hi Muslim Ahmad!!! =p

Oh, Happy Father’s Day to all father in the whole world. Saya tak celebrate sebab daddy saya jauh. Wish pun saya lupa. Apa punya anak la kan?! Tapi daddy saya tetap di hati saya. Tengok bola pun terus teringat kat daddy saya.

Hah.. Memandangkan Father’s Day dan saya tak celebrate tak wish, apa kata saya story mory pasal daddy saya. Jom ke next paragraph…

Nama penuh daddy saya ialah Agus Yanul. Daddy saya lahir pada 10th April 1951 di Tambunan, Sabah. Ye, tahun ini adalah tahun jubli emas untuk daddy saya. A big 50 to my dad!!! Daddy saya seorang yang cool and relax. Tapi, kalau dia marah, kepala lutut boleh tercabut ohhh.. Takut tahap gaban punya!!! Tapi itu duluuuuuu… Sekarang tak dah.. Sekarang paling dahsyat pun kena ceramah laaa… Tapi, ceramah the coolest ever yang saya pernah dengar. Steady je penceramahnya… Pendengar pun steady la jugaaaa..

Daddy saya seorang yang aktif bersukan. Daddy saya seorang cikgu. Dulu, masa sekolah rendah, daddy saya Penolong Kanan Ko-Kum.. So, bab sukan-sukan ni memang dia pegang. Lepas tu daddy saya seorang coach bola sepak, dia pergi merata tempat sebab main bola. Daddy saya juga seorang pengadil bola sepak tapi kejap je sebab dia selalu kena hantar pergi kursus coaching. Sampai sekarang dah saya masih jadi coach and the best part, kalau ada budak-budak lelaki yang handsome-handsome, tough-tough, badan ala-ala Khairul Fahmi Che Mat/Norshahrul Idlan/Muslim Ahmad jumpa dia mana-mana mesti tegur, even dari jauh, siap jerit ‘coach!!!’. So, nama panggilan yang biasa didengar ialah Coach Agus. Di padang, coach. Di supermarket, coach. Di pasar ikan, coach. Di kedai gunting rambut pun coach.

So, saya apa lagi, harus menyelam sambil minum air. Bila orang tanya, “Siapa bapa kau?”… Saya dengan bangganya menjawab, ”Coach Agus”… Ye la, kalau saya jawab “Agus” saja mesti dorang akan tanya “Agus mana?”. So, untuk memendekkan tempoh perjumpaan yang tidak sengaja haruslah menjawab dengan jawapan yang lebih tepat. Kengkadang orang akan cakap juga, “Tuuu naaa Si Girl, yang borong tuhau tu, anak Coach Agus tuu, dia di kL tu sekarang, cantik kan dia?”… Itu orang yang cakap, bukan saya.. =p

Sekarang, daddy saya dah upgrade. Dah jadi pensyarah di IPG Keningau. So, sesiapa yang nak jadi cikgu boleh laa buat-buat baik dengan daddy saya. Mana tau dapat masuk on the interview list. Heeeee… tapi walaupun dah jadi pensyarah, bola sepak tak tinggal. Still ada team lagi. Ini ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan. Begitu juga daddy dan bola sepak yang sentiasa berjalan seiringan.

Oh, daddy saya minat Liverpool. YNWA, people! Habis 1 kereta ada LFC’s accessories. Laptop, pc, buku, pen, calendar dan apa-apa yang berkaitan dengan LFC laaa.. Jersey jangan cakap laaa… Semua ada.. Complete set laaa…

Haih, kalau nak cerita dari A to Z memang tak habis ni. Kira cerita kat atas tu dari A to E then sambung kat L to P, yang lain cerita lain hari je la ek..

Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan puluhan ratusan ribuan jutaan billion million trillion terima kasih kepada daddy saya yang telah membesarkan, mendidik, mengajar, memberi, mengasihani, menyayangi selama 8956 hari saya hidup ini. Dan pada hari 8939, daddy saya telah memberi restu dan mengahwinkan saya dengan seorang lelaki yang akan mengambil alih tugas daddy saya untuk menjaga saya yang nakal tapi cantik ini… Heeeeeeee.. =p

Tuan Agus Yanul, you are the best dad ever!!!!!! Mari kita pergi kebun, cari tuhau… =p

Tidak lupa juga pada Tuan Mohamed Bin Husin, Selamat Hari Abah, Abah. Terima kasih kerana menerima saya dengan hati yang terbuka dalam keluarga Abah. Nanti saya balik kB, abah masak gulai ayam ek… Ayam gulai abah adalah the best ever!!!!

Happy Father’s Day!!!


p/s..bila abeyohs nak jadi daddy?!..jeng jeng jeng…

 

 itu paha ada macam paha norshahrul idlan tak?
=p

June 13, 2011

Piala FA 2011

Posted by Aly Alberta at 10:43 AM 0 comments
Hi.. Monday bluesssssssss… Klate melepas lagi Piala FA musim ini. Kalah dengan Ganu, 1-2. Klate leading tapi disebabkan jam kat tangan ref tuu mental so masa tambahan 4 minit tu dah jadi 400 minit. Dorang cakap salah Daudsu tapi bagi saya bukan salah Daudsu. Saya tengok dalam tv playback goal tu. Bola dah lepas garisan dah baru Daudsu tendang bola tu. Orang nampak macam Daudsu buat goal sendiri. Tapi, ye la kan... Bola tu bulat, garisan pun nampak tak nampak, rumput pun tercabut sana sini.. Kena minta CSI tengok video playback tu baru boleh buat keputusan yang betul. Tapi, walau apa pun, saya tetap mengatakan yang Daudsu tidak bersalah. Jangan mudah meletak kesalahan pada orang. Kesian dia. Selama 90 minutes ++++ Daudsu tu main, tak pernah sekali pun Ashaari tu terlepas. Kalau pun dirinya terlepas, bola mesti tak lepas. Itu yang kita perlu tengok. Effort; Spirit; Energy; Failure are different things. He has done his best! Gomo Daudsu Gomo!!!!!!!!!!

Ada juga orang cakap yang Ganu bagi $$$ kat Klate untuk bagi Ganu menang. Nak buat hadiah hari jadi kat Agong katanya… Hish! Hish! Hish! Sungguh memalukan kalau benda ni betul. Tak gentlemen la ini macam. Nampak sangat team yang memberi tu tak kuat sebab sanggup bagi $$$ kat team yang kuat supaya dorang main bodoh-bodoh. Ye la, cuba bayangkan, masa game MSL kat Ganu, Klate menang 3-0. 5 hari kemudian lawan lagi kat SBJ untuk Piala FA, Klate kalah 2-1. Dedua goal disumbat pada masa tambahan. Ref tu pun tak alert dengan timing. Dalam tv dah tunjuk ada masa tambahan 4 minit tapi dekat SBJ, dah 3 minit berlalu baru ref keempat angkat board ada tambahan masa 4 minit. WTH?! (Ini kejadian sebenar. Saksi; Dalam SBJ: Abeyohs. Depan tv: Adikyohs)

Oh! Abeyohs pergi berperang dengan geng-gengnya tapi pukul 12am dah sampai rumah. Awal kan? Mana tak awal, lepas Ganu score goal kedua, mereka terus keluar, cari kereta, start kereta dan menuju pulang ke rumah. Kalau menang confirm 3am baru sampai rumah... Heeeee... =p


Well, game dah habis. Nak bising-bising pun nothing going to change. Tunggu musim depan la ek. Sekarang, kita focus pada MSL. Pastikan kita JUARA!!!!!

Gomo Klate Gomo.

p/s..hari jumaat lepas saya kena injection..memang berbaloi-baloi!!!


May 18, 2011

Something...

Posted by Aly Alberta at 10:36 AM 0 comments
Hi.. Saya ada rasa tak best ini hari.. Don’t know why?! I forgot my pinky. I put it on the shoe rack to get benang and jarum for Abeyohs to jahit butang baju. Then, after I got it all, I shut the door, locked the grill and press the elevator down. Sampai kedai mamak, cari phone takde.. Memang ngeng ngong!!!

At kedai mamak pula, I ordered mee goreng kosong yang mempunyai rasa pahit. Maybe because of the tea O ais limau kot. Pepagi minum ais. Pepagi minum masam-masam. Pepagi keluar masuk toilet. Haih! Tapi, yang keluar masuk toilet ni tiap-tiap pagi hari. Asal pagi je, mesti keluar masuk toilet, tak kira masa, asalkan pagi, tak kira tempat asalkan pagi. Haih! Haih! Haih!

Today, 18th May. Yesterday, 17th May. Day before yesterday, 16th May. 16th May is Teacher’s Day. Sudah wish semua cikgu-cikgu di seluruh dunia. 16th May juga 2nd leg Semi Final Piala FA. Result is Kel 1-1 Sel. Meaning, Kelantan melangkah ke final dengan aggregate 6-2. Pergggghhhhhhh… Tak percaya!!! Final game pula on this coming 11th June di Stadium Shah Alam lawan jiran, Terengganu. Ini pun tak percaya juga!!! =p

Congratto Klate!!!

Sekarang story pasal JSD pula. Lagi 2 minggu. Perasaan? Still, tiada perasaan. HaHaHa… Everything is gone well. Walaupun ada problem, eh! read: banyak problem yang datang melanda, kami, eh! read: Abeyohs sabar menempuhnya. Saya pula? Memula tu memang panasssssssss, tak nak cakap dengan orang, mengamuk tak tentu pasal, makan pun tak nak tapi lelama bila sudah rasa lapar yang amat tetiba dah cool down and sabar menunggu nasi untuk dihidang… =p

Let’s do the cross check… 2 weeks before the day…

Invitation card = 80% done (rasa macam dah bagi semua tapi ???, siapa belum dapat give your mailing address ek, nanti saya post)

Documentation = 90% done (part kami dah settle, sekarang part tok imam lak..)

Baju dan yang sewaktu dengannya =95% done (selendang putih mana nak cari??)

Pelamin, bilik pengantin dan yang sewaktu dengannya = 100% done (tunggu masa sahaja)

Canopy, meja, kerusi = 100% done (tunggu masa juga)

Makanan, minuman dan yang sewaktu dengannya = I’ve no idea sebab semuanya bakal ayah mertua saya yang urus, tapi saya rasa semuanya ok!

Hantaran = so far so good =>

Itu je kot, rasa semua will be great. Saya serah saja pada yang pakar… =p

Oh! Ada lagi… Diri sendiri = A big question mark!!!


p/s… l.o.v.e

May 16, 2011

Tired!

Posted by Aly Alberta at 8:05 AM 0 comments
Hi.. I'm back at kL with no energy. Penat tahap gaban! Everything is went well. Nanti la kita story mory ek. Malam ni kita sambung bergomo lak... =p

Gomo Klate Gomo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

April 26, 2011

Busy!

Posted by Aly Alberta at 12:53 PM 0 comments
Hi.. Saya busy tahap gaban! Takde masa nak blogging. Nanti keadaan dah ok, keja dah siap, masalah sudah settle, hati sudah tenang, pemikiran di tahap waras baru boleh blogging.


Malam ni MSL, Kelantan vs Selangor di SSMIV, ada live di Astro Arena 801, pukul 8pm.

Gomo Klate Gomo!!!!!!!!!


p/s..DURIAN please come to me!

April 2, 2011

Congratto Klate! Good Job HMA!

Posted by Aly Alberta at 11:24 PM 0 comments
Full time result =  Klate 2 (K. Soley, S.Chanturu) - 1 (Irfan Fazail) Harimau Muda A

Well, it was a nice game! Adrenalin kuuuu berada di tahap tertinggi. Always! Masing-masing menyerang bertubi-tubi. Sekejap Klate, sekejap HMA, bola tu amat laju. Sekejap ke atas sekejap ke bawah. All goals was scored on the 1st half game. 2nd half game, HMA was great!!! Klate out!!! Sebab Piya & Awe sudah keluar & ganti dengan player lain yang I tak kenal pun. Emmm..I kena khatam lagi semua player nii.. So, permainan tengah memang totally out. HMA did a lot of counter attacks during 2nd half game. Klate pula missed a lot of chances. S. Chanturu ada 2 chances 1 by 1 dengan goal keeper HMA tapi sayang seribu kali sayang, 2 2 tak masuk. Norshahrul pun ada chance tapi tak masuk juga.


Dannnnnnnnnnn...yang paling teruja sekali, I dapat tengok Izzaq Faris Ramlan beraksi. Setelah sekian lama, terubat rindu I. Anddddddddddd...as expected he is awesome as usual! Bila Izzaq masuk padang je, semua bola dari kaki player HMA tiba-tiba jadi tinggi. Izzaq is the target man, so bola semua kena tinggi sebab Izzaq seorang yang tinggi. Bola dari tengah ke kotak penalti semua akan dihantar tinggi.


Anyhow, it was a goooooooooooood game! Good job to all players.


p/s..abeyohs saya sudah beransur pulih..terima kasih to those yang mendoakan..

March 31, 2011

A Football Month..

Posted by Aly Alberta at 9:54 AM 0 comments
Hi.. Mesti semua orang dah tau kan.. Semalam, 300311, undian untuk Kelayakan Olimpik 2012 & Kelayakan Piala Dunia 2014 telah dibuat di AFC House, Bukit Jalil.

The result is as below; 

Olympic Qualifier 2012
2nd Round

1st Leg - Lebanon vs Malaysia - 19 June (Away)
2nd Leg - Malaysia vs Lebanon - 23 June (Home)



World Cup 2014
1st Round
1st Leg - Malaysia vs Taiwan -  29 June (Home)
2nd Leg - Taiwan vs Malaysia -  3 July (Away)


And, if Malaysia wins against Taiwan, Malaysia will confront Singapore for the 2nd round.

1st Leg - Singapore vs "Malaysia" - 23 July (Away)
2nd Leg - "Malaysia" vs Singapore - 28 July (Home)


Perjalanan kali ni nampak mudah, Ong Kim Swee pun tarik nafas lega - BH Online melaporkannya. Tapi jangan terlalu yakin & jangan memandang rendah pada pihak lawan. Sebab kengkadang, over confident ni memakan diri. Terlampau merendah diri pun tak boleh juga. So, kita relax je. Jangan lebih, jangan kurang, kasi ngam ngam orang Sabah bilang. Baru ada ong!

Sebelum ni FAM ada announce that Malaysia akan buat friendly game dengan beberapa kelab dari EPL. Chelsea & Liverpool confirmed tapi ada 1 lagi team yang FAM tak announce. Then semalam, kat Malaya Tigers' FB informed Arsenal is on the list too & semua games tu on July. Wahhhhhhhh! Maknanya, Jun & July punya salaries spend on football game's ticket je la.. Tapi sila tengok jadual game tuu.. Macam ... ???

Malaysia vs Chelsea - 10July
Malaysia vs Liverpool - 12July
Malaysia vs Arsenal - 14July



Macam dot dot dot dot dot kan?? Gila ayam betul laaaa..


Tapi demi Malaysia, akan ku hadirkan diri ke stadium... HaHaHa...

OK laaa.. Sampai disini saja laporan dari wartawan tak diiktiraf. Jangan lupa tengok Astro Arena esok jam 8pm, HMA vs Klate... saya tak sokong mana-mana..saya sokong pengadil =p


Gomo Klate Gomo!!


Go More Malaysia Go More!!!


p/s..abeyohs ku masih sakit..today 2nd appointment dengan doctor..hopefully goes well..amin.

March 29, 2011

Kelantan FA vs Harimau Muda A

Posted by Aly Alberta at 12:45 PM 0 comments
Super League is continuing the league this coming Friday, 1st April after a long break. 1st game is between Kelantan FA vs Harimau Muda A at SSMIV. Ada live at Astro Arena, 8pm.

OK! Seriously, I can't wait for the game. Luckily ada live. Thanks Astro Arena! But, I have no idea to vote for. 2 2 team I sayang! Eh! Sayang!!! Funny! HaHaHa.. Betul laa tuu..sayang!! Sayang sangat!..=p.. I support both team equally. No pilih kasih. Tiada berat sebelah. It's like, my right hand goes to Klate & my left hand goes to HMA. Seiring & sejalan gituuu. Tapiiiii...now 2 2 team bertemu. How la?? Aduhhh.. Penin!


Well, I've make my words. I takkan sokong mana2.Mahupun Klate ataupun HMA. I sokong pengadil. Ye, pengadil yang 4 orang tuu. Si Referee, Si Lines-mans & Si Table-referee. Boleh tak? HaHaHa.. Kali ni, kalau mana-mana pengadil buat keputusan salah I tetap sokong pengadil juga. Tak mau berat sebelah.. Boleh tak? Kalau tak boleh, buat-buat boleh laaa.. =p


I sokong 2 2. Meaning, I tak boleh predict siapa yang akan dapat 3 mata. Kalau masing-masing dapat 1 mata, I'm save. Boleh bernafas seperti biasa. Tapi, kalau 1 team dapat 3 mata, lagi 1 team dapat telur mata, alamatnya I sorok diri dalam closet & tahan nafas. Heeeeee...OK! Itu gimik tak berasas! Adat pertandingan, ada menang, ada kalah. Kalau menang, thanks God, luck is at your side, tapi, kalau kalah, never mind, ada lagi game yang menanti. Panjang lagi perjalanan liga ni. Oh! Terasa seperti wartawan sukan pulaaa..


Eh! That's mean ai ai captain for under 23's team akan bertemu kawan-kawan seperjuangannya. Well, that is reality u have to face KFCM! Be as u are, don't get wrong tau! Eh! Eh! Paragraph nii ada macam bau-bau bias ni!!! =p


Anyhow, all the best Klate & HMA!! Love u both!


Harimau Muda A

Kelantan FA




March 26, 2011

Sabtu yang dah tak penin..

Posted by Aly Alberta at 11:18 PM 0 comments
Haluu.. My Saturday has went well so far. Reported at 10.40pm. Well, as my previous entry, I've listed 2 events that happens on the same time & I don't know which 1 to do. Anyway, I've chose the 1st event & support the 2nd event at home with the 2 makciks!

Seri saja sudah memadai bagi Malaysia.. - sya copy ayat Malaysia Football Team FB.

As u all know, Malaysia 1 (7) - 1 (62) Etoille FC. Seawal minit ke 7 Malaysia telah menjaringkan gol hasil tandukan Ahmad Fakri Saarani. Gol itu juga merupakan yang pertama bagi Fakri untuk tahun ini. Minit ke 62, Etoille FC telah menjaringkan gol penyamaan. I missed the goal because I was busy with the dishes. I missed the 1st kick as well, because of SYTCD. I missed a few seconds. I switched to 801, the game at 00.45 minutes. How bad kan?! Anyhow, Congratto Malaysia! Looking forward to see the next game.

Here are the players that played well tonight..

1. Khairul Fahmi Che Mat (Sharbinee Alawee)
2. Asrarudin Putra (Azmi Muslim)
3. Aidil zafuan (Fizal Fahmi Rosid)
4. Muslim Ahmad (Fadhli Shas)
5. Mahali Jasuli (Sabree Mat Abu)
6. Amar Rohidan (Azidan Sarudin)
7. S. Kunalan (Ashaari Shamsudin)
8. Amirulhadi Zainal (S. Chanturu)
9. Safiq Rahim (C) (Baddrol Bakhtiar)
10. Ahmad Fakri Shahrani (Sahahrizal Saad)
11. Norshahrul Idlan Talaha (C)

Not in the game but was in the list..

1. K. Gurusamy VC
2. Izzaq Faris Ramlan


p/s.. Sya kempunan lagi nak tengok Izzaq Faris Ramlan.

OK! Now story mory about Earth Hour pulaaaa.. Sharp 8.30pm, we switched off all the light except the kitchen's because I'm doing the dishes! Gila mau tutup lampu. Habis berterabur berpecahan pinggan mangkuk nanti. The makciks la yang semangat!! Yes! Ini yang kita mau! Semangat untuk menyelamatkan bumi. It was a wonderful moment! Next year will be more great I guess... Weeeeeeee.... =p



2 orang makciks ku yang amat ku sayang!!

Sabtu yang penin...

Posted by Aly Alberta at 10:58 AM 0 comments
Haluuu.. Happy Saturday! Sya dalam dilemma di hari sabtu yang cerah ini.. Why? Sebab ada 2 event yang akan berlangsung malam ini.. Sya agak penin disini.. Don't know which 1 to choose... Anyhow, I let the time chose it sebab hanya dia yang tau... =p

1st event = HM vs Etoille FC, 8.00pm, Astro Arena 801, Live from Singapore...

2nd event = Earth Hour 2011, 8.30pm - 9.30pm


OK! 2nd event tu memang boleh participate kat rumah sambil tengok game sambil makan keropok cicah sos sambil minum oreng juice! Tepat 8.30pm, padam lampu, bergelap 1 rumah tapi tv tetap pasang. Boleh tak macam tu? HaHaHa.. Tapiiii, sya tak mau support from home this year.. Sya mau berada di kLcc then tengok kLcc tu bergelap selama 1 jam... Sudah lama sya kepingin mau melihat kLcc live without lights at night... 


But, sya juga mau melihat HM on action. Sudah lama tidak melihat mereka beraksi. Malam ni friendly game with 1 of the club from Singapore League. Walaupun, club ni bukanlah team yang berstatus A but sya tetap menyokong mereka dari belakang. Tak kira laa HM lawan dengan siapa pun. The important is ada game! & the team still strong & going strong.


Jangan sekali-kali memperlekehkan @ mempersendakan team-team yang bukan berstatus A. Kita mesti berani menerima cabaran dari mana-mana team sekali pun tanpa melihat pada statusnya. Jangan lupa bola itu bulat. Kuat @ tak kuat, itu perkara ketiga. 1st thing is spirit & 2nd thing is tactical. Ohhh.. terasa seperti Coach Agus la.. HaHaHa...


Final List 23 players Malaysia Team...


Penjaga Gol (3 orang): Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Sharbinee Allawee(Terengganu)
Pertahanan (8 orang): Mohamad Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Mohamad Fadhli Mohd Shas, (Harimau Muda A), Rizal Fahmi Rosid (Kelantan), Aidil Zafuan (Negeri Sembilan), Sabree Mat Abu, Azmi Muslim (Kedah), Asrarudin Putra Omar (Selangor)
Tengah (8 orang): K. Gurusamy VC (Harimau Muda A), Baddrol Bahtiar, Amar Rohidan (Kedah), Safiq Rahim, Azidan Sarudin, Amirulhadi Zainal (Selangor), S.Kunalan (Negeri Sembilan), S.Chanturu (Kelantan)
Penyerang (5 orang): Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A), Ashaari Shamsudin (Terengganu), Shahrizal Saad (Johor FC)

Go More Malaysia Go More!!!! 

March 20, 2011

Belon Panassss...

Posted by Aly Alberta at 5:05 PM 0 comments
Hi.. It's Sunday & I'm at home, berguling-guling atas katil.. Pergghhhh.. Heaven!!! Sudah lama tak macam ni. Selalu ada je benda nak buat kalau weekend. Thanks God, today I'm free! But, not for abeyohs. He's very busy today. Mencari orang-orang penting untuk sign permohonan berkahwin. HaHaHa.. It's one of the step before dapat surat kebenaran berkahwin. Orang lelaki kena buat dulu, kena settle dulu then bila dah settle baru dapat surat kebenaran berkahwin yang tak berapa nak official. After that, surat tu kena serah kat orang perempuan baru la orang perempuan buat benda yang sama juga macam orang lelaki buat. After everything settle baru la dapat surat kebenaran berkahwin yang official. Remeh kan?? Tapi, apa nak buat.. It's have to be done! Kalau tak buat, tak boleh kahwin!!!

Yesterday, pun hari busy sedunia. In the morning, abeyohs pergi cari orang-orang penting tu tapi semuanya busy. In the afternoon, we headed to Medan Mara, nak bagi gambar for banner & bunting. Gambar-gambar tu pilih from our PMED's album. After settled, we rushed to Shah Alam for picking up Kd's stuffs. Tak sedar, dah setahun Kd study at UiTM Shah Alam. Refer sini.. Sungguh cepat masa berlalu kannn? Kan? Kan?

After makan, sent Kd tu CSS, we lancar terussss ke Putrajaya for 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011.. Sampai sana, hujan! I dah frust dah, sebab kalau hujan balloon tak naik tapi when we parked our car, Thanks God, hujan dah berhenti. Yeah. Sampai je kat main field tu balloon2 tu semua baru dalam proses nak menggelembung. Lucky us! We lepak until 8pm. Tak larat nak tunggu yang glow in the dark tuu.. Lewat sangat. Lagipun ada bola Piala FA 2nd leg, Klate vs Felda United. So, layan je la photos nya...


 crowded!


 dato' among the crowd.
 the air traffic..






 sad..
 happy!
 up in the sky..

 Pinocchio!
 ada doraemon juga but it's on the other side..
 The balloon will be like this at night glow.
US!

OK! That's all.

Oh! Klate menang! Will confront Selangor on the semi final. Gomo Klate Gomo!



 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device