Showing posts with label JSD. Show all posts
Showing posts with label JSD. Show all posts

November 10, 2011

Bila...

Posted by Aly Alberta at 3:16 PM 0 comments
...dah lama tak update, blog menjadi suram...

...kesian...

...saya busy...

...plus kemudahan internet tidak berfungsi di rumah...

...plus keadaan saya tidak mengizinkan...

...plus saya malas...

...heeee...

...tapi hari ini, ada sikit kerajinan...

...sikit je laaaa...


...ok laaaa...


...sila laaaa layan our photos during wedding reception...


penantin baghuuu..=p

leborrrr gilaaa senyumannn...

lovely cousins..

cake cutting tapi i tak merasa cake tuuu..

ye, mata i sepet!!!





5 photos above are family photos...

lepas gian..menyanyi di party sendiri..

 the orang kuatssss..mom & dad...

yours truly!!!




p/s..all photos are from camera berat..courtesy from pzie, girl@beatrice & dad's canon 550d (the photographers are the brothers)



October 31, 2011

Akhirnya...

Posted by Aly Alberta at 7:58 AM 0 comments
...selesai sudah majlis di kedua-dua pihak....yeah!!!





October 21, 2011

Save The Date Version II

Posted by Aly Alberta at 8:41 AM 0 comments
 Hi everyone...

Please.. Please.. Please..

Save another date for our wedding reception at Sabah..

Looking forward to see you all..





p/s..i guess JSD is not relevant anymore..sudah jadi JOD daaa...kita hanya merancang Tuhan yang menentukan..
 

June 16, 2011

JSD Part 2

Posted by Aly Alberta at 11:31 AM 0 comments
Hi.. Saya kenyang! Orang belanja nasi lemak. Kak. Maz cakap lauk kenduri walaupun sebungkus nasi lemak setiap seorang.. Ye la, orang nak kahwin yang belanja. Ni  1st time I dibelanja oleh orang yang nak kahwin. Selalu dibelanja oleh orang yang dah kahwin. Semalam pengantin baru tu e-mail to all;

“Dear All,
Since not all will be able to make it to my wedding, I wish to provide a per-wedding breakfast treat for all staff. The breakfast consist of Nasi Lemak and cakes , and it will be available in the cafeteria in the morning … by 7.45am.
Please do not buy breakfast for tomorrow (Thursday, 16 June 2011).
Enjoy.“

Sweet kan? Thanks bride to be. Congratto in advance! May your wedding day full with blessing. Amin.

OK! Now, kita sambung cerita semalam. Boleh? I tak ngantuk tapi I boring! Keja ada tapi filing. Boring tau buat keja filing ni. Kena panjat-memanjat. Letih!

Ok, ok.. Sambung cerita semalam.

Malam Nikah

I dah get ready seawal pukul 5pm. Dah mandi siap semua dah. Tangan kaki bau inai!! Lomah den. Baju nikah dah siap gosok. Bilik pengantin dah siap kemas. Meja solek dah berkilat. Cermin besar dah clean and clear. Kipas berfungsi dengan baik. Everything dah settle, kita makan dulu!! Saya makan awal. Makan lauk kenduri. Yeah! Tapi tak makan banyak nanti kang sakit perut memalam. Tengah makan tu Abeyohs bawa berita yang tak berapa nak baik iaitu Tok Imam akan datang pukul 10pm. Nak tersedak isi ayam. Nak tersembur nasi beras siam. Lambat gila!!! Alasannya, Tok Imam kena nikahkan pasangan lain di masjid dulu. Kami buat kat rumah so kami yang lambat, yang buat kat masjid kena awal. Haih! Memacam dugaan tapi takpe. Relax… Lepas makan lepak-lepak tengok tv. Pukul 6pm mandi lagi. Lepas mandi, tunggu mak andam dengan sabarnya.

Makeup time! Yeah! Mak andam sampai sebelum Maghrib. Mak andamnya come bernama Kak. Ti. Mekap adalah dalam sejam. Lenguh mendongak. Letih buka tutup mata. Tapi, everything went well. Lepas siap mekap, pakai baju. Lepas pakai baju, buat rambut. Part buat rambut I suka! Heeee… Tapi kali ni buat rambut simple je. Tak vogue sebab malam nikah kan. Lepas semua dah siap, Kak. Ti mengundurkan diri. Saya menunggu dengan sabarnya.
Dalam pukul 8pm, dorang mumy sampai. Dorang lepak kat ruang tamu and bilik pengantin. Pzie, Kd & Don being the OP for that night. Don accompanies me in the room before Bazilah the bridesmaid arrived. Photo shooting berlangsung sebelum, semasa, selepas nikah. Oleh kerana sibuk bergambar, I tak sedar pun Tok Imam sampai. Dorang pun tak inform. Sedar-sedar je bila Tok Imam datang tanya setuju atau tak setuju. After 10 15 minutes, Pzie came in to snap photo the wife. Hah! Dah selesai. Berapa lafaz? Cer teka cer teka.. =p

So, I pun dipanggil keluar untuk upacara batal air sembahyang. Nervous! Tok Imam dah turun bawah pergi makan. Yang tinggal families saja dan saya amat malu! Part yang ni, saya bagi gambar ek.. Tak reti nak cerita!

see dad..tekun mendengar..
korang dah dapat teka berapa lafaz?
signing ceremony..tangan shacking tak hingat!

heeeee....=>

heeeee jugaaa..=>

salam dan cium tangan paling lama di abad ini..=p

first kiss!!!

Alhamdulillah dah settle semua... Next is cerita pada 040611 pula.. Tunggu next post la ek..

Peace!


inilah suami saya!!!



p/s..baju nikah ni nak pakai bila lagi ek??..pakai gi keja boleh??

June 15, 2011

JSD Part 1

Posted by Aly Alberta at 11:38 AM 0 comments
Hi.. Saya mengantuk tahap gaban. Memandangkan saya mengantuk so saya akan bercerita. Oh, I owe 1 story kan? Ke stories? Heeeee…

Ok! Let’s start the session. Saya ingin bercerita tentang hari perkahwinan saya yang berlangsung seminggu lepas. Dah seminggu? Cepat betul masa berlalu. Tak sedar. Ok, untuk menyenangkan yang bercerita dan memudahkan yang membaca, saya akan buat kronologi sebelum, semasa dan selepas. Ok?

Sebelum

On 1st of June, Safrah and I boarding to Kota Bharu from LCCT. Dady, Mumy, Kd, Don, Jr and Syafiqah naik Pregio. Uncle, Aunt and Mak Tuk naik keta uncle. Dorang gerak pukul 8am. Kami gerak 7.30am. Took taxi to kL Sentral and took bus to LCCT. Nak dijadikan cerita, bus Skybus yang selalu I naik pergi LCCT tu dah pindah tempat and I tak tau pindah mana, so, I pun naik je la bus yang lagi satu tu, yang rona kuning, nama I lupa. Fare RM8 per person, murah, tapi, sangat tak comfortable! From kL sentral sampai LCCT, kami berpeluh-peluh macam berlari 500 meter padahal dalam bus ni, dalam bus yang aircond-nya langsung tak berfungsi!!! Hah, kat sini I betul-betul tak faham. Driver tu tau aircond rosak tapi he has no initiative nak pergi service aircond tu. Dia siap pesan lagi, “kalau panas buka tingkap kat atas bumbung bus tu”. Whathell?! Memang sekali tu je la naik bus tu.

Arrived at LCCT one hour ++ earlier, so senang nak self check-in and mengisi perut yang kosong. After we print our boarding pass, we had Mcd for breakfast. Lepas makan, terus masuk kat waiting hall. Nak dijadikan cerita lagi, ni 1st time nama I kena tulis dalam 1 piece of paper by the polis bantuan. I tak tau kenapa?! Tapi, I nampak semua nama cina and bukan nama melayu. Lantak laaa.. Malas nak layan. Tunggu di appoint gate sampai kena panggil. Naik aircraft then tunggu lagi sebab traffic jammed. Sampai Sultan Ismail Petra Airport on time juga walaupun lambat take-off. Abeyohs picked us up and pusing-pusing kB cari makan. Takde. End up, makan kat rumah.

Then, after makan, I buat inspection. Heeee.. Sebab Abeyohs cakap dia dah bersihkan rumah tahap bersih, tahap Alam Flora punya. Setelah inspection dibuat, yes! Memang bersih tahap gaban! Heeee… Time I buat inspection tu, orang pasang pelamin tu datang pasang pelamin, hias bilik pengantin, pasang khemah, buat meja makan beradab dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Makan masa setengah hari juga dorang buat semua-semua tu. Lori 2 kali trip hantar barang. Pekerja semua lelaki dan saudara Abeyohs juga.

Gambar? Nanti la ek..

Petang, kami pergi guest house yang telah disewa tu. Bayar sewa then tunggu dorang mumy sampai. After dorang mumy got comfort, then Abeyohs and I and Poksu pergi cari lauk for their dinner. After got lauk, balik rumah Abeyohs, prepare everything then send the food to the guest house. After that, rushing pula pergi rumah Mok Ngoh untuk ambil daun inai. Then rushing balik rumah Abeyohs sebab time tu dah pukul 10 lebih. Cepat betul masa berlalu. Sampai rumah je terus sesi tumbuk menumbuk inai berjalan. 1st round je tumbuk. 2nd and 3rd round kasi blender saja. Cepat, senang dan mudah. Chik pakaikan kat jari tangan I je, sebab malam tu I tidur kat guest house, so jari kaki I suruh Kd pakaikan.
 
Nak dijadikan cerita lagi, Kd pakaikan inai tu time mata dia separuh tutup. Esok pagi bangun dari tidur, cuci jari kaki tangan, jari tangan cun! Jari kaki hampeh! So, pepagi tu dorang mumy gerak pergi Rantau Panjang. Me? Balik rumah Abeyohs pakai inai lagi!!!!! Pakai 2 kali pula tu. Memula pakai yang henna dalam tiub tapi tak cukup. Abeyohs pergi la kB cari inai. Dorang kata ada jual kat Mydin. Pergi la Mydin. Bila sampai Mydin, inai dalam tiub dah habis pula. Tinggal inai serbuk je. Adui. Then pergi ke Pantai Timur Supermarket, tapi kat situ tak jual. Nak tak nak beli la juga inai serbuk tu. Bancuh je la. Abeyohs beli sampai 2 bungkus. Macam jari jemari I ada 100. Huh! Lepas Che Yah bubuh inai tu I terus la jadi paralyzed for 24 hours! Ye la, dari malam sampai ke pagi, dari pagi sambung ke petang pula. Nasib baik malam tu malam nikah. Kalau tak? Tak tau la apa yang jadi…
Tapi, syok juga pakai inai ni. Tak payah potong bawang, tak payah hiris daging, tak payah buang kulit lemak ayam, tak payah basuh pinggan, tak payah masak, tak payah buat air. Heeeeeeeeeee..


Malam Nikah
 
Eh, keja dah melambak atas meja ni, mata pun dah tak mengantuk dah, so, story malam nikah ni kita sambung next entry la ek.

Bila nak sambung? Tunggu la I takde keja and mata I mengantuk.

Peace!

p/s..inai di jari kaki tangan masih merah pekat likat lagi..=p

May 31, 2011

Gifts!

Posted by Aly Alberta at 10:53 PM 0 comments
Hi... I'm officially on Marriage Leave for a week. Yippie!!! Tadi, rasa macam hari last bekerja pula. Kena tawaf office banyak kali. Kena jumpa semua orang. Anyway, I'm glad. Really glad. Tak pernah rasa cenggini. Rasa macam dihargai sangat-sangat. Kalau cenggini la gayanya, tiap-tiap tahun saya mau kahwin. Boleh? =p

So, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan a BIG Thank You to the Partners of Chooi & Co. for the unexpected gift. Memang tau ada gift tu tapi tak sangka pula dapat today. Ingatkan dapat nanti nanti atau tak dapat langsung sebab dah bagi 2 days marriage leave. Heeeee... Thanks once again. A BIG Thank You juga to all the lawyers for the wishes, advices and angpau! Korang memang sempoi la! To my colleagues, Terima Kasih bebanyak atas doa, wishes, nasihat, tips dan the double meaning jokes!!!! It's really wash my brain touch my heart. Oh, thanks for the angpau too!!! Banyak saya dapat angpau hari ni. Rasa macam Gong Xi Fa Chai pula. Heeeee...

Semoga Tuhan sentiasa memberkati anda semua. Saya mendoakan itu. Terima kasih banyak-banyak. It was unforgettable moment. Malu pun ada juga. Malu tapi mahu. Heeeee... May God bless all of us. Semoga anda semua juga dimurahkan rezeki lagi. I love u all laaaa..

p/s..hari-hari terakhir sebagai seorang bujang memang awesome!!!!

May 30, 2011

Kaamatan!

Posted by Aly Alberta at 11:07 AM 0 comments
Hi, it’s Kaamatan Day! And, I’m working! And, it’s the last Monday. Last Monday as a single mingle beautifool girl. Has the second last ride trip on U26. Tomorrow will be the last kot. Or, Wednesday kot. Oh, on Wednesday, Dady, Mumy, Kd, Don & JR are coming to the town! Excited tahap gaban. But, not only me! Itu Makcik Syafiqah siap countdown lagiii... Thursday, I’m flying to kB with Safrah. Thursday juga the others will travelling to Klate by cars. Tak tau berapa keta tapi yang tau lebih dari 1.

Abeyohs makes his move maybe on tomorrow morning. Sepatutnya, today tapi due to some problemossss yang tak henti-henti datang bertandang, he gerak pepagi buta esok. Alone! Pity him. May God bless his journey. Selamat pergi dan selamat sampai. Amin.

Oh, siou, lari dari tajuk. Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan. Sabah has 2 days PH. Syok ohh!! Aramai tiii la tuu kan.. Bah, don’t drink and drive kio. Ingat laa orang tersayang.. Kalau magauk 200%, tidur ja di kaki lima, or di kereta. Biar nakalapik tertunggang terbalik, bisuk pagi, bangun, cuci muka, drive muli. Jangan sambung moginum!

4 days before. Has no word to describe. Bye!


p/s..macam mana la si jr tu sekarang kan??..mesti guragas!

May 27, 2011

A week before..

Posted by Aly Alberta at 9:42 AM 0 comments
Hi.. Hello.. Assalamualaikum.. *dup dap dup dap*

A weeeeeeeeeek before JSD.. Nervous? Tak laaa.. Biasa-biasa je.. *muka kerek* HaHaHa.. Gila tak nervous!!! Nervous tahap gaban ok!!!
Dulu.. 2 3 4 minggu lepas, bila orang tanya “nervous ke tak?”.. Kita dengan selamba menjawab, “tak!”
Dulu.. lepas bagi kad jemputan kahwin, bila orang tanya “apakah perasaan anda nak kahwin ni?”.. Kita dengan muka tak bersalah menjawab, “entah!, tak rasa apa-apa pun, takde perasaan apa pun”
Dulu.. 2 3 4 bulan lepas, bila orang tanya “dah buat persiapan diri?”; “dah buat persiapan fizikal?”; “dah buat persiapan mental”.. Kita dengan muka tak boleh blah menjawab, “alah lambat lagiii, relaks laaa”

Sekarang!!! Semua jawapan di atas telah memakan diri sendiri.. Konon tak nervous!! Kerek takde perasaan!! Poyo nak relaks sangat!!! Itu semua bloody shit!!!! Sekarang terkapai-kapai minta nyawa!! Ye la, bila masa nak buat persiapan dalam segala persiapan... Kang, alih-alih semua tak siap!!

Tapi, ni bukan pasal persiapan kebendaan. Tu semua dah settle dah, no problemo. Ni pasal persiapan diri sendiri yang kerek tahap gaban ni.. Tak tau la nak buat persiapan macam mana.. Rasanya dah ready kot! Heeeeeeeeee…. Eh, dah la rasanya-rasanya, ada kot pula?! Memang tak ready!

Em, senang-senang let it be je laa.. Kita follow saja flow-nya. Confident level tu letak suam-suam kuku je. Kalau letak terlampau panas tu dah jadi over confident, kang tak jadi apa lak. Kalau letak terlampau sejuk tu dah takde confident langsung, lagi lah hampeh. So, masalah pun selesai. Kalau tak selesai juga, kita jumpa pakar motivasi iaitu Dato’ Abeyohs. Lepas jumpa dia, confirmed settle!! =p

Yang penting, kita berkunjung ke Nail Parlour & SPA & Secret Recipe.. 2 3 4 hari sebelum JSD.. Oh, dan Vincci, Nose, MnG, Zara, Jusco & Baskin Robbins. Baru cool…

p/s.. Uniqlo dah buka kt kLcc..jom shopping lepas mengeluarkan air mata di cinema with NKTM..

May 18, 2011

Something...

Posted by Aly Alberta at 10:36 AM 0 comments
Hi.. Saya ada rasa tak best ini hari.. Don’t know why?! I forgot my pinky. I put it on the shoe rack to get benang and jarum for Abeyohs to jahit butang baju. Then, after I got it all, I shut the door, locked the grill and press the elevator down. Sampai kedai mamak, cari phone takde.. Memang ngeng ngong!!!

At kedai mamak pula, I ordered mee goreng kosong yang mempunyai rasa pahit. Maybe because of the tea O ais limau kot. Pepagi minum ais. Pepagi minum masam-masam. Pepagi keluar masuk toilet. Haih! Tapi, yang keluar masuk toilet ni tiap-tiap pagi hari. Asal pagi je, mesti keluar masuk toilet, tak kira masa, asalkan pagi, tak kira tempat asalkan pagi. Haih! Haih! Haih!

Today, 18th May. Yesterday, 17th May. Day before yesterday, 16th May. 16th May is Teacher’s Day. Sudah wish semua cikgu-cikgu di seluruh dunia. 16th May juga 2nd leg Semi Final Piala FA. Result is Kel 1-1 Sel. Meaning, Kelantan melangkah ke final dengan aggregate 6-2. Pergggghhhhhhh… Tak percaya!!! Final game pula on this coming 11th June di Stadium Shah Alam lawan jiran, Terengganu. Ini pun tak percaya juga!!! =p

Congratto Klate!!!

Sekarang story pasal JSD pula. Lagi 2 minggu. Perasaan? Still, tiada perasaan. HaHaHa… Everything is gone well. Walaupun ada problem, eh! read: banyak problem yang datang melanda, kami, eh! read: Abeyohs sabar menempuhnya. Saya pula? Memula tu memang panasssssssss, tak nak cakap dengan orang, mengamuk tak tentu pasal, makan pun tak nak tapi lelama bila sudah rasa lapar yang amat tetiba dah cool down and sabar menunggu nasi untuk dihidang… =p

Let’s do the cross check… 2 weeks before the day…

Invitation card = 80% done (rasa macam dah bagi semua tapi ???, siapa belum dapat give your mailing address ek, nanti saya post)

Documentation = 90% done (part kami dah settle, sekarang part tok imam lak..)

Baju dan yang sewaktu dengannya =95% done (selendang putih mana nak cari??)

Pelamin, bilik pengantin dan yang sewaktu dengannya = 100% done (tunggu masa sahaja)

Canopy, meja, kerusi = 100% done (tunggu masa juga)

Makanan, minuman dan yang sewaktu dengannya = I’ve no idea sebab semuanya bakal ayah mertua saya yang urus, tapi saya rasa semuanya ok!

Hantaran = so far so good =>

Itu je kot, rasa semua will be great. Saya serah saja pada yang pakar… =p

Oh! Ada lagi… Diri sendiri = A big question mark!!!


p/s… l.o.v.e

May 17, 2011

Save The Date!!!

Posted by Aly Alberta at 8:55 PM 0 comments

May 10, 2011

Lama seh!

Posted by Aly Alberta at 8:16 AM 0 comments
Hi tuan-tuan & puan-puan.. Sekian lamaaaaaaaaaaa... ku tidak meng-update blog ku ini... Haih! I've been very busy. Ada masa tapi masa itu ku jadikan masa untuk tidurrrrrr... Penat yang amat!!!! Nak tau 1 rahsiaaa... Tapi kalau I bagi tau bukan rahsia dah la ek... Hahahaa..

Tapi nak bagi tau jugaaa.. Saya kan.. Dah lamaaaaaa............

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

... tak tengok TV. Rindu seh! Santai-santai depan tv sambil makan coklat minum air ribena. I'm really exhausted with the damn busted preparation!!! Dah lama tak tengok CSI. Rindu sama itu Flack! Dah lama tak layan Covert Affairs. Rindu sama itu Ben Mercer! Eh! Bukan, rindu sama itu Annie. Oh! I've missed Maharaja Lawak last Friday. Frust!!!! Bila la ulangan dia ek?? Sempat ke nak catch up ni.. Aduiiiiiiiiiii... Sila sebut aduiiii tu macam Zizan sebut.. Confirmed released tension!


JSD? Oh! So far so ok.. Baju dah fitting tapi itu baru 1st fitting. This weekend turun kB lagiii for the 2nd fitting.. Lagipun, documentation belum siap sepenuhnya. Memacam hal laaaaa.. Lepas satu, satu lak datang. Kalau yang satu tu dah settle, no hal tapi tak settle lagi benda lain lak datang menjelma.. Memang pund__s!!!! But, I've been good even though air mata dah kering. Abeyohs stronger than me! Yes! I'm spongebob! Picit sikit keluar air..... Ngeng ngong!!!!!!!


Invitation card is on it's way. Abeyohs has done his. Mine, half of it still on my desk!! Yang by post dah on the way dah.. Oh! Cita pasal invitation card ni, I would like to thanks so very much to my 2 princesses for helping me out!!! Unless, I tak payah buat 4 in 1 - tulis, lipat, masuk, stick. Saya tulis saja, makcik2 sya tolong lipat, masuk & stick. Without them, sampai hari ni tak siap lagi kot!!! Thanks makcik2 kuuuu... Nanti kakak belanja ice-cream!!!!


Keja kat ofc pun berlambak!!! Hari ni saya nak jadikan Hari Mem-filing Sedunia!!! Gila banyak!!!!! Macam 1 bundle paper dah gaya kertas-kertas tuuu.. File jangan cakap laaaaaaaaa... Kena settle semua sebelum cuti seminggu panjangggggg... Nanti kesian En. Hasnan.


Ok la, I rasa macam nak makan nasi goreng laaaa... Padahal pagi tadi dah makan roti canai kosong cicah kari... Lapar!!!!!!!

See u..

May 1, 2011

May Day

Posted by Aly Alberta at 8:18 AM 0 comments
Hi.. It's May!!! Saya bangun awal. A perfect beginning for May I guess. I'm leaving for kB this noon. And as usual, I'm excited! Hopefully we have a safe journey to and from. Amin.

Klate leads the MSL league after won the game last night. Klate 2 - 0 KL. So, we can still feel the victory spirit once we arrived at kB. Heeeeeeeeeee... =p

It's labor day today. And, yes, it's PH. Tomorrow too. So, no more Monday blues but definitely there is Tuesday blues.

A month to go for JSD. So far, so ok. Not good. Not better. So so only. I hope we can pass this last month with lots of love. Amin. Everything is getting to the track. Abeyohs is trying harder and harder and harder. At one time, I'm getting down, but, he... as always, being toughed as he always be. That is make me proud of him. Love u to bits baby!

I got to go. See u later.

p/s..kalau bulan lima, mesti aramai tii di sabah..kaamatan kan..yang paling syok pertandingan unduk ngadau..sini la smemua boleh nampak sumandak2 alawa om olumis..sya mau juga daa ikut unduk ngadau bah tapi nga..odoi..lu fikirlaaaaa sendiri..=p


March 20, 2011

Belon Panassss...

Posted by Aly Alberta at 5:05 PM 0 comments
Hi.. It's Sunday & I'm at home, berguling-guling atas katil.. Pergghhhh.. Heaven!!! Sudah lama tak macam ni. Selalu ada je benda nak buat kalau weekend. Thanks God, today I'm free! But, not for abeyohs. He's very busy today. Mencari orang-orang penting untuk sign permohonan berkahwin. HaHaHa.. It's one of the step before dapat surat kebenaran berkahwin. Orang lelaki kena buat dulu, kena settle dulu then bila dah settle baru dapat surat kebenaran berkahwin yang tak berapa nak official. After that, surat tu kena serah kat orang perempuan baru la orang perempuan buat benda yang sama juga macam orang lelaki buat. After everything settle baru la dapat surat kebenaran berkahwin yang official. Remeh kan?? Tapi, apa nak buat.. It's have to be done! Kalau tak buat, tak boleh kahwin!!!

Yesterday, pun hari busy sedunia. In the morning, abeyohs pergi cari orang-orang penting tu tapi semuanya busy. In the afternoon, we headed to Medan Mara, nak bagi gambar for banner & bunting. Gambar-gambar tu pilih from our PMED's album. After settled, we rushed to Shah Alam for picking up Kd's stuffs. Tak sedar, dah setahun Kd study at UiTM Shah Alam. Refer sini.. Sungguh cepat masa berlalu kannn? Kan? Kan?

After makan, sent Kd tu CSS, we lancar terussss ke Putrajaya for 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011.. Sampai sana, hujan! I dah frust dah, sebab kalau hujan balloon tak naik tapi when we parked our car, Thanks God, hujan dah berhenti. Yeah. Sampai je kat main field tu balloon2 tu semua baru dalam proses nak menggelembung. Lucky us! We lepak until 8pm. Tak larat nak tunggu yang glow in the dark tuu.. Lewat sangat. Lagipun ada bola Piala FA 2nd leg, Klate vs Felda United. So, layan je la photos nya...


 crowded!


 dato' among the crowd.
 the air traffic..






 sad..
 happy!
 up in the sky..

 Pinocchio!
 ada doraemon juga but it's on the other side..
 The balloon will be like this at night glow.
US!

OK! That's all.

Oh! Klate menang! Will confront Selangor on the semi final. Gomo Klate Gomo!



 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device