Showing posts with label abeyohs. Show all posts
Showing posts with label abeyohs. Show all posts

August 18, 2012

29 Ramadhan 1433H, 2012

Posted by Aly Alberta at 12:13 PM 0 comments
Haluuuu.. Saya masih di kL... Heeeeeeeee... Si Ngia Rio rosak, saat ini dia masih di workshop. Kesian. Kesian dia sebab kena operate. Kesian kami juga sebab tak boleh balik kampung.

Actually, ada hikmah di sebalik kejadian niiii.. Kalau laa abeyohs tak bawa dia pergi bazaar hari khamis lepas, tak tau laa apa akan jadi pada kami di tengah jalan malam tuu. Sebab planning kami nak balik kampung adalah hari khamis malam jumaat tapi bukan la tengah malam, subuh jumaat tu sebelum sahur kami gerak. Selalu abeyohs pergi bazaar naik motor je, entah apa angin dia hari tu nak naik keta pula. Balik dari bazar park depan rumah sementara nak buka pagar, bila nak masuk dalam tetiba ada bunyi benda terseret. Kuat gila. Sampai jiran sebelah rumah pun keluar jenguk. Ingatkan bumper jatuh dan terseret tapi sekali tengok tayar depan sebelah kanan dah lari tune dan steering tak boleh pusing, so kereta tak boleh gerak. Abeyohs intai-intai ada benda patah. Nampak macam teruk. Abeyohs running pergi workshop & cari foreman. Foreman datang and tengok and cakap memang kena tukar and kosnya RM400. Habislaa budget raya.. Itu pun tak cukup lagi tuu.. Haih!

Tapi, abeyohs tak pergi kedai tu laaa.. Sebab nampak macam cekik darah jeee.. Pagi jumaat abeyohs and his part time foreman, mirul pergi cari workshop lain... Sejam lepas tuu lorry towing sampai. Then tetiba ada orang menjerit-jerit. Bukan sebab takut or menangis tapi sebab excited. Orang tuu adalah amr budak busyuk masyam. Punya la excited tengok towing tu. Siap buat bunyi tet tet tet lagiii bila towing tu tengah reverse.. Lama juga nak tow kereta tuu sebab posisi dia & sebab tayar tak boleh pusing dan dia pun tak boleh gerak. Dah la kereta auto, lagi la payah...

Lepas sejam baru boleh sambung and tarik. Itu pun selepas menyuruh jiran-jiran alih kereta dorang. Then bermula laaaa tugas abeyohs sebagai penunggu workshop. Sampai ke maalaaammm.  So, new planning nak balik klate subuh sabtu tapi tak dapat juga sebabnya ada rosak lain pula. Yang patah tu dah ganti balik, yang ni bengkok pulaaa.. Adeh memacam.. So, nak tak nak kena tunggu sabtu pula untuk ganti yang bengkok tu. Kena cari parts dia duluuu.. Haih!

Oleh itu, sekarang ni abeyohs masih setia menjadi penunggu workshop. Foreman tu cakap siap hari ni, so perjalanan balik ke klate adalah selepas keta siap dibaiki. Maybe petang or malam or esok pagi. Eh esok pagi? Pagi raya? Huargggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Huarggghhh lagiiii dan lagiii dan lagiiiii...

Bye. Huarrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

August 9, 2012

20 Ramadhan 1433H, 2012

Posted by Aly Alberta at 11:34 AM 0 comments
Hi.. Assalamualaikum.. Tinggal 10 hari je lagi nak raya.. Cepatnya.. Seriously, puasa tahun ni langsung tak rasa. Entah kenapa. Pelik pun ada juga ni. Sebab ada anak kot. Ye la, sampai rumah lepas fetch Amr from school dah pukul 6 pm. Kalau singgah bazaar, sampai rumah dah pukul 6 lebih. Cuci rice cooker, masak nasi, unfrozen ayam, kemas dish rack, melayan Amr, changing diaper;baju;seluar;wiping Amr, susukan Amr, kengkadang tidurkan Amr then tup tup dah pukul 7.20. Terkejut den! Nasib baik ada chef terhebat kuuu...siap juga juadah berbuka puasa kami. Alhamdulillah.

Kalau dolu-dolu masa bujang-bujang, waktu nak berbuka tu rasa macam lambat sangatttttt, sebab tak buat apa pun... Kalau makan kat rumah, lauk pauk dah siap beli, tinggal buh dalam pinggan and masak nasi je... Kalau makan kat kedai, tunggu lauk dihidang, itu kalau lambat masak, kalau cepat, emmm menatap la lauk-pauk tu sementara tunggu azan berkumandang...

Haih! Rasa macam tak puas pula puasa tahun ni. Emmmmm... Takpe laaa.. InsyaAllah kita berjumpa lagi di tahun hadapan ye Ramadhan.. InsyaAllah..

Preparation raya apa macam? Dah settle? Kalau dah settle, cun la tuuu.. Kami punya belum settle.. Heeeeeeeee... 1 apa pun belum beli lagi ni... Oh kain pelekat dah beli tapi belum bayar lagi... Boleh tak? Heee.. Bukan tak nak bayar tapi kena tunggu duit dari kementerian kewangan dulu.. Hari ni, 9 Aug, kementerian kewangan jadi kaya so mari kita berjimba esok, lusa dan tulat. Yippieeeeeeeeeee!!!!!!!

Kepada pembekal kuih and empunya bisnes kain pelekat di office, esok saya bayar ye..

Kepada pemborong baju-baju kurung, sila keluarkan baju-baju yang glamorous.. Tahun ni beli baju siap sudah... Kain-kain ela yang belum dijahit tu pergi jahit lepas raya... Heeeee...

Oh.. Ada baby fair di kLcc 10-12 Aug. Jom serangggggggg!!!!!

 Pic Go-ogled

10 hari terakhir di bulan Ramadhan adalah 10 hari yang amat bermakna. Mana tau kita berjumpa dengan malam Lailatul Qadar. InsyaAllah. Wallahualam.

 Pic Go-ogled

Till here then.


July 18, 2012

Nasi Ayam Baba

Posted by Aly Alberta at 8:39 PM 0 comments






p/s..PM for order..=p

June 18, 2012

Happy Father's Day...

Posted by Aly Alberta at 9:21 AM 0 comments
...to...

Baba Mohd Nazmeen..
Daddy Agus Yanul..
Abah Mohamad Husin

& to all Fathers in the world.

 

September 8, 2011

I know what u will do next raya!

Posted by Aly Alberta at 11:36 AM 0 comments
Hi.. Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya.. Happy Thursday..

How are u? Sihat ke semua?? Saya sihat, Alhamdulillah. After raya ni semakin sihat. Nafsu makan menjadi-jadi. Nafsu minum juga. Dalam masa 10 jam di hari bekerja botol 1000ml hendaklah diisi 3 kali meaning saya minum 3000ml. Itu belum campur air minuman yang kat rumah lagi. Faktor cuaca juga amat menyumbang kepada nafsu minum ni. Panas ya amat sekarang ni. Kalau jalan tu mesti berpeluh walaupun 2 3 meter saja.

Raya macam mana? Best? Saya punya best! Makan banyak! Penat pun banyak! Perjalanan pergi/balik kB/kL adalah 14 15 jam. Jangan terkejut. Standard la tuuu… Jalan ke pantai timur memang akan menerima kereta berpuluh kali ganda dari hari biasa menjelang hari raya. Sebab orang Klate kan ramai jadi perantau so bila raya mereka semua balik ke tempat asal. Termasuk laa Abeyohs & Pokya. Hahahaha… Raya tahun tahun lepas pun macam tu. Raya tahun tahun depan pun macam tu jugaaaaa...

Hari ni raya ke 10. Kuih raya kat office ni banyak lagiiiiii… Semua sodap!!!! Hujung minggu ni busy! Mana nak pergi raya open house, check-up, pick-up, send-up dan lain-lain. Haih!!! Tapi saya suka!!! Kd will be in town this Saturday morning. Gila lama dia cuti!!! Now, further his study back. Kotoh!!! Lagi 4 5 6 tahun baru merdeka. Lama seh nak tunggu loyar ni grade… Sebelum grade kena jadi attachment student dulu. Study 4 5 6 tahun. Dah grade, jadi pupil/chambering student, lepas tu short call, court duty, legal aid duty, jadi assistant lawyers, partners then long call then dapat practice certificate then dah boleh join private practice! Dan boleh lah belanja I keta Lancer sebiji!!! Rate loyar kan tinggi. Sejam dah boleh dapat RM200. Kalau sebulan?! Do your math! Dan juga, boleh la I jadi secretary masa tu. Secretary jaga jadual je bukan buat documents. Boleh?! Heeeeeeeeeeeeeeee… =p

Dear Cyrill Clade @ Kd, sila abaikan paragraph di atas. Paragraph itu adalah angan-angan semata. Tapi yang keta Lancer tu adalah permintaan dari hati yang tulus ikhlas. Peace!

Ok, sambung cerita raya. Tema raya tahun ini adalah pink! Tahun depan pun pink juga! Tahun tahun tahun depan pun pink juga! Boleh?! Heeeeeeeeeeeeee…=p

Ok laaa.. Got to go. Nak pergi minta sign kat lawyer ni. Yang ni dah betul-betul lawyer dan bukan angan-angan.

p/s..raya tahun ni takde gambar sebab semua orang busy makan!! raya tahun depan harus ada!!

July 18, 2011

Football Matches...

Posted by Aly Alberta at 12:18 PM 0 comments
Julai adalah bulan bola sepak!!

10 Julai 2011 (Futsal) - SME Corp FC 1 vs 0 Matrade (Juara Futsal Lelaki, Sukan MITI)

*Fakta;
- Abeyohs is a pom-pom boy.
- Tahun lepas, 2010, naib juara. Tahun ni, 2011, up sikit jadi juara.
- 1st time melukis peta berpandukan google map. Printer ada, toner out.
- kL kembali hidup selepas #Bersih!


13 Julai 2011 (Bola Sepak) - Arsenal FC 4 vs 0 Malaysia XI (Arsenal Asia Tour 2011)

*Fakta;
- TIADA LIVE DI STADIUM ASTRO!!!
- Tengok game via streaming tapi kena pakai low resolution baru tak buffering. Display suku daripada monitor.
- Defenders are totally out.
- R.v.P is amazing tapi Muslim Ahmad lagi awesome! =p
- SBJ menjadi Stadium Emirates.



16 Julai 2011 (Bola Sepak) - Liverpool FC 6 vs 3 Malaysia XI (Liverpool Asia Tour 2011)

*Fakta;
- Safiq and Safee are Super S!!!!
- Joe Cole kecil je, takde la besar pun. Lebih kurang Mahalli juga. Tapi, Andy Carroll ye!
- Sekali lagi, defenders are totally gone.
- SBJ bertukar menjadi Stadium Anfield.


17 Julai 2011 (Bola Sepak) - SME Corp FC 2 vs 0 MITI (Juara Bola Sepak Lelaki, Sukan MITI)


*Fakta;
- Abeyohs is wearing jersey number 3 as right back.
- 12 jam duduk di Stadium Mini Bukit Jalil.
- 3 botol air mineral, 10 gelas air sirap, sebungkus sandwich, sebungkus nasi ayam.
- Mereka main bola atas padang turf. Awesome!
- 1st time jadi juara!!!!
- Sunburn!!!!
- Jumpa face to face team Malaysia yang akan lawan team Chelsea.
- Ong Kim Swee dah tak macam orang cina. Sebiji macam melayu. Faktor kulit yang telah bertukar warna.
- Piya handsome ok!!!
- Si Kecik aka Wan Zaharulnizam memang kecik!!!!


21 Julai 2011 (Bola Sepak) - Chelsea FC vs Malaysia XI (Chelsea Asia Tour 2011)

*Fakta;
- Sekali lagi SBJ secara automatik akan bertukar menjadi Stamford Bridge.


23 Julai 2011 (Bola Sepak) - Singapura vs Malaysia (Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014, Pusingan Kedua, Perlawanan Pertama)

*Fakta;
- Main di Stadium Jalan Besar, Singapura dengan hanya 500 tiket diberi kepada penyokong Malaysia sebab kapasiti stadium adalan 2 ribu orang.


28 Julai 2011 (Bola Sepak) - Malaysia vs Singapura (Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014, Pusingan Kedua, Perlawanan Kedua)

*Fakta;
- Saya salah seorang yang akan membeli tiket.



Go More Malaysia Go More...




p/s.. 18 Julai 2011 - Abeyohs vs Tilam (Juara Makan Panadol)


July 11, 2011

BERSIH yang dot dot dot...

Posted by Aly Alberta at 10:24 AM 0 comments
Hi.. Apa macam hari Sabtu anda?? Hangat tak? Kuning tak? Hari sabtu saya sangat hangat, sangat kuning menyilau. Sebab? Rasa semua orang dah tau kan.. Sebab korang pun panas juga kan? Oleh sebab itu sesiapa yang gedik sangat nak berjalan ramai-ramai di kota kL tu pastikan anda tidak menyusahkan orang lain. Sebab, kerana anda semua yang rajin sangat berjalan berhimpun di kota kL, saya kempunan nasi minyak kenduri kahwin!!!!!!!!!!! Ada tau!


Konon nak bersihkan apa yang tak bersih tapi anda, anda, anda tahu tak yang anda semua telah mengotorkan kota kL tuuu?! Tourist pun jadi takut sebab anda semua tau tak! Jatuh la nama Malaysia ini macam! Hati saya pun dah tak bersih sebab sumpah seranah kat anda semua!!!!

Kalau nak berhimpun pun, pergilah di luar kota kL. Pergi tepi pantai tu. Luas pun luas. Jalan la korang dari hujung ke hujung. Takde orang yang akan disembur air pemedih mata. Air laut masin ada!!! Atau pun berenang la korang merentasi lautan tuuu.. Nak tunjuk sangat kan!!!

First time stuck in jammed 3 hours +++ walaupun jalan tu jalan lurus yang selalunya mengambil masa 15-20 minutes je nak sampai kat hujung jalan tu tempat di mana kami buat u-turn sebab memang dah tak boleh tahan. Memang totally insane!!!!! Dengan perut lapar, pening kepala, hati panas, fikiran serabut, kesabaran dah terbang jauh melayang, Abeyohs tak pasal-pasal kena marah, konon tak nak makan, last-last makan nasi lauk kari ayam tambah 3 kali!!!! 

Haihhh.. Takde rezeki nak makan nasi minyak Mirul & Dila (Abeyohs’s colleagues) walaupun korang datang jauh dari kL to kB untuk makan nasi minyak kitorang. Really appreciate that. Bila turn korang lak, kitorang tak dapat merasa. Ruginya!!! Takpe, nanti korang buat kenduri cukur jambul kami pasti datang. Heeee.. Anyway, congratto to Mirul & Dila. Semoga kekal sampai bila-bila. Happily ever after.

Actually, semalam, hari Ahad ada kenduri kahwin juga. Anak Kak.Zarina (my ex-colleague) tapi Abeyohs kena jadi pom-pom boy kat tournament futsal office dia. So, tak berkesempatan la nak pergi. Nasib juara, kira berbaloi laaa, kalau tak kempunan lagi sekali.

Hari ni hari membayar puasa. Selamat hari ni tinggal 2 hari lagi… Wish me luck!!!



p/s..ada sesiapa yang buat kenduri kahwin dalam masa terdekat ni? Jangan lupa invite orang yang kempunan nasi minyak ni tau…

July 4, 2011

Congratto Malaysia!!!

Posted by Aly Alberta at 3:37 PM 0 comments
Tahniah Malaysia ku yang tercintaaaa.. Walaupun kalah, walaupun ref gedik ya amat, walaupun penonton ramai sebab masuk free, walaupun sup ayam ku tak jadi sebab tengok korang main, pasukan Malaysia tetap mara ke pusingan kedua. Congratto!!!!

Goal Aidil adalah sekali lagi, unbelievable!!! Goal Safiq always outstanding!!!! Dedua goal adalah free kick. Chinese Taipei dapat TIGA penalty. Dua masuk, satu dapat diselamatkan oleh Sharbinee. Penalty pertama memang patut, penalty kedua sepatutnya free kick, penalty ketiga memang tak patut. Fakri dijatuhkan dalam penalty box tapi ref gedik tu tak bagi penalty pun dan playback takde. Tak acih!!

23 July ialah birthday Dato' jumpa Singapore di Singapore untuk pusingan kedua. Go More Malaysia Go More. I have may faith on you Datuk K.R. All the best Harimau Malaya!!!


p/s..berbaloi tak pergi sin semata-mata nak tengok bola?..boleh celebrate birthday dato' sekali..



June 28, 2011

2011, June 23

Posted by Aly Alberta at 12:11 PM 0 comments
Hi… This date means a lot to me and I’m sure to many of us. Happy; sad; lost; frustrated; tired; sleepy; hopeless; victory feeling are mixed together in me on this date.

Why so? I experienced many things on this date. Ok, let me tell one by one ye…

1st… The happy stories…
Malaysia Olympic team wins and moves on to 3rd round!!!! Horey!! Even though they play with 10 peoples on the 2nd half but their victory spirit is strong and bigger. Lebanon had scored their 1st goal and struggling to have the 2nd goal but Malaysia does the great defending. Good job Malaysia!!!

Sepah became the Maharaja Lawak. Congratto Jep, Mamat and Shuib. Korang memang OMG!!!! Haaaaaaaaaaaaa…. Semputttttttt… Jozan is the 1st runner up. Nabil got selepuk RM150, 000 for the 3rd place and the muka legend hati cute on the 4th place.

We are 6 years 8 months. Another 4 months to go for the 7. Thanks God!


2nd… The sad story…
Abeyohs’s uncle (Pok Udo) passed away at 3.30 am that morning. We started our 12 hours journey from kL-kB-Gerik at 5 am in the morning. We received a call at 4.30 am. We stayed one night at Gerik for accompany his aunt (Udo) and family. Pok Udo left one wife (Udo) and three amazing boys. He is still young, 39 years old but God knew what is better for him. Cause of death is heart attack. 39 years old and heart attack. What a day now? Muda-muda dah kena sakit jantung. Dudes, please jaga kesihatan. Memang hidup mati di tangan Tuhan tapi masa kita hidup ni jagalah kesihatan luaran dan dalaman sebaik-baiknya. InsyaAllah, hidup kita dipermudahkan. Semoga roh Pok Udo dicucuri rahmat. Amin. Alfatihah.

Udo, she can accept it but inside, I can’t imagine. Hope she will be strong for the boys. Her 1st son is 14 years old. The 2nd is 13 years old. The youngest is 9 years old and he is an adorable boy. I like him. He can play football very well. He got the talent. Ijey, miss you!


3rd… The tired story…
The longest journey I had been in the car. kL to kB is 7 hours. kB to Gerik is 4 hours. All journey are in the same car same day with 2 drivers. It’s an experience by the way. kB to Gerik same as Keningau to Ranau. Bikin pening tu jalan nasib tia muntah.


4th… The frustrated story…
Gua frust gila-gila punya frust sebab tak dapat tengok secara live Muslim Ahmad dan kawan-kawan bermain di SBJ. Gua dah berangan-angan dah tapi angan-angan tu tinggal kenangan. Nasib baik frust ini dapat ditebus dengan game esok. Malaysia vs Taiwan for World Cup 2014 Qualification. Minta-minta Abeyohs ada hati nak pergi tengok. Kalau takde hati memang gua merajuk setahun!!!! =p



Good Luck Malaysia!!!! 

p/s..ada sesiapa jual jersey ori malaysia rona kuning??..saya mau beli!!!

June 20, 2011

Si Daddy...

Posted by Aly Alberta at 10:54 AM 0 comments
Hi.. Congratto Malaysia!!! The senior team wins 2-0 against Myanmar, friendly match at SSMIV, kB. The junior team draws 0-0 with Lebanon Olympic team, 2nd leg at SBJ this coming Thursday, 23th June 2011. Jom kita ke SBJ. Hi Muslim Ahmad!!! =p

Oh, Happy Father’s Day to all father in the whole world. Saya tak celebrate sebab daddy saya jauh. Wish pun saya lupa. Apa punya anak la kan?! Tapi daddy saya tetap di hati saya. Tengok bola pun terus teringat kat daddy saya.

Hah.. Memandangkan Father’s Day dan saya tak celebrate tak wish, apa kata saya story mory pasal daddy saya. Jom ke next paragraph…

Nama penuh daddy saya ialah Agus Yanul. Daddy saya lahir pada 10th April 1951 di Tambunan, Sabah. Ye, tahun ini adalah tahun jubli emas untuk daddy saya. A big 50 to my dad!!! Daddy saya seorang yang cool and relax. Tapi, kalau dia marah, kepala lutut boleh tercabut ohhh.. Takut tahap gaban punya!!! Tapi itu duluuuuuu… Sekarang tak dah.. Sekarang paling dahsyat pun kena ceramah laaa… Tapi, ceramah the coolest ever yang saya pernah dengar. Steady je penceramahnya… Pendengar pun steady la jugaaaa..

Daddy saya seorang yang aktif bersukan. Daddy saya seorang cikgu. Dulu, masa sekolah rendah, daddy saya Penolong Kanan Ko-Kum.. So, bab sukan-sukan ni memang dia pegang. Lepas tu daddy saya seorang coach bola sepak, dia pergi merata tempat sebab main bola. Daddy saya juga seorang pengadil bola sepak tapi kejap je sebab dia selalu kena hantar pergi kursus coaching. Sampai sekarang dah saya masih jadi coach and the best part, kalau ada budak-budak lelaki yang handsome-handsome, tough-tough, badan ala-ala Khairul Fahmi Che Mat/Norshahrul Idlan/Muslim Ahmad jumpa dia mana-mana mesti tegur, even dari jauh, siap jerit ‘coach!!!’. So, nama panggilan yang biasa didengar ialah Coach Agus. Di padang, coach. Di supermarket, coach. Di pasar ikan, coach. Di kedai gunting rambut pun coach.

So, saya apa lagi, harus menyelam sambil minum air. Bila orang tanya, “Siapa bapa kau?”… Saya dengan bangganya menjawab, ”Coach Agus”… Ye la, kalau saya jawab “Agus” saja mesti dorang akan tanya “Agus mana?”. So, untuk memendekkan tempoh perjumpaan yang tidak sengaja haruslah menjawab dengan jawapan yang lebih tepat. Kengkadang orang akan cakap juga, “Tuuu naaa Si Girl, yang borong tuhau tu, anak Coach Agus tuu, dia di kL tu sekarang, cantik kan dia?”… Itu orang yang cakap, bukan saya.. =p

Sekarang, daddy saya dah upgrade. Dah jadi pensyarah di IPG Keningau. So, sesiapa yang nak jadi cikgu boleh laa buat-buat baik dengan daddy saya. Mana tau dapat masuk on the interview list. Heeeee… tapi walaupun dah jadi pensyarah, bola sepak tak tinggal. Still ada team lagi. Ini ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan. Begitu juga daddy dan bola sepak yang sentiasa berjalan seiringan.

Oh, daddy saya minat Liverpool. YNWA, people! Habis 1 kereta ada LFC’s accessories. Laptop, pc, buku, pen, calendar dan apa-apa yang berkaitan dengan LFC laaa.. Jersey jangan cakap laaa… Semua ada.. Complete set laaa…

Haih, kalau nak cerita dari A to Z memang tak habis ni. Kira cerita kat atas tu dari A to E then sambung kat L to P, yang lain cerita lain hari je la ek..

Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan puluhan ratusan ribuan jutaan billion million trillion terima kasih kepada daddy saya yang telah membesarkan, mendidik, mengajar, memberi, mengasihani, menyayangi selama 8956 hari saya hidup ini. Dan pada hari 8939, daddy saya telah memberi restu dan mengahwinkan saya dengan seorang lelaki yang akan mengambil alih tugas daddy saya untuk menjaga saya yang nakal tapi cantik ini… Heeeeeeee.. =p

Tuan Agus Yanul, you are the best dad ever!!!!!! Mari kita pergi kebun, cari tuhau… =p

Tidak lupa juga pada Tuan Mohamed Bin Husin, Selamat Hari Abah, Abah. Terima kasih kerana menerima saya dengan hati yang terbuka dalam keluarga Abah. Nanti saya balik kB, abah masak gulai ayam ek… Ayam gulai abah adalah the best ever!!!!

Happy Father’s Day!!!


p/s..bila abeyohs nak jadi daddy?!..jeng jeng jeng…

 

 itu paha ada macam paha norshahrul idlan tak?
=p

June 16, 2011

JSD Part 2

Posted by Aly Alberta at 11:31 AM 0 comments
Hi.. Saya kenyang! Orang belanja nasi lemak. Kak. Maz cakap lauk kenduri walaupun sebungkus nasi lemak setiap seorang.. Ye la, orang nak kahwin yang belanja. Ni  1st time I dibelanja oleh orang yang nak kahwin. Selalu dibelanja oleh orang yang dah kahwin. Semalam pengantin baru tu e-mail to all;

“Dear All,
Since not all will be able to make it to my wedding, I wish to provide a per-wedding breakfast treat for all staff. The breakfast consist of Nasi Lemak and cakes , and it will be available in the cafeteria in the morning … by 7.45am.
Please do not buy breakfast for tomorrow (Thursday, 16 June 2011).
Enjoy.“

Sweet kan? Thanks bride to be. Congratto in advance! May your wedding day full with blessing. Amin.

OK! Now, kita sambung cerita semalam. Boleh? I tak ngantuk tapi I boring! Keja ada tapi filing. Boring tau buat keja filing ni. Kena panjat-memanjat. Letih!

Ok, ok.. Sambung cerita semalam.

Malam Nikah

I dah get ready seawal pukul 5pm. Dah mandi siap semua dah. Tangan kaki bau inai!! Lomah den. Baju nikah dah siap gosok. Bilik pengantin dah siap kemas. Meja solek dah berkilat. Cermin besar dah clean and clear. Kipas berfungsi dengan baik. Everything dah settle, kita makan dulu!! Saya makan awal. Makan lauk kenduri. Yeah! Tapi tak makan banyak nanti kang sakit perut memalam. Tengah makan tu Abeyohs bawa berita yang tak berapa nak baik iaitu Tok Imam akan datang pukul 10pm. Nak tersedak isi ayam. Nak tersembur nasi beras siam. Lambat gila!!! Alasannya, Tok Imam kena nikahkan pasangan lain di masjid dulu. Kami buat kat rumah so kami yang lambat, yang buat kat masjid kena awal. Haih! Memacam dugaan tapi takpe. Relax… Lepas makan lepak-lepak tengok tv. Pukul 6pm mandi lagi. Lepas mandi, tunggu mak andam dengan sabarnya.

Makeup time! Yeah! Mak andam sampai sebelum Maghrib. Mak andamnya come bernama Kak. Ti. Mekap adalah dalam sejam. Lenguh mendongak. Letih buka tutup mata. Tapi, everything went well. Lepas siap mekap, pakai baju. Lepas pakai baju, buat rambut. Part buat rambut I suka! Heeee… Tapi kali ni buat rambut simple je. Tak vogue sebab malam nikah kan. Lepas semua dah siap, Kak. Ti mengundurkan diri. Saya menunggu dengan sabarnya.
Dalam pukul 8pm, dorang mumy sampai. Dorang lepak kat ruang tamu and bilik pengantin. Pzie, Kd & Don being the OP for that night. Don accompanies me in the room before Bazilah the bridesmaid arrived. Photo shooting berlangsung sebelum, semasa, selepas nikah. Oleh kerana sibuk bergambar, I tak sedar pun Tok Imam sampai. Dorang pun tak inform. Sedar-sedar je bila Tok Imam datang tanya setuju atau tak setuju. After 10 15 minutes, Pzie came in to snap photo the wife. Hah! Dah selesai. Berapa lafaz? Cer teka cer teka.. =p

So, I pun dipanggil keluar untuk upacara batal air sembahyang. Nervous! Tok Imam dah turun bawah pergi makan. Yang tinggal families saja dan saya amat malu! Part yang ni, saya bagi gambar ek.. Tak reti nak cerita!

see dad..tekun mendengar..
korang dah dapat teka berapa lafaz?
signing ceremony..tangan shacking tak hingat!

heeeee....=>

heeeee jugaaa..=>

salam dan cium tangan paling lama di abad ini..=p

first kiss!!!

Alhamdulillah dah settle semua... Next is cerita pada 040611 pula.. Tunggu next post la ek..

Peace!


inilah suami saya!!!



p/s..baju nikah ni nak pakai bila lagi ek??..pakai gi keja boleh??

June 15, 2011

JSD Part 1

Posted by Aly Alberta at 11:38 AM 0 comments
Hi.. Saya mengantuk tahap gaban. Memandangkan saya mengantuk so saya akan bercerita. Oh, I owe 1 story kan? Ke stories? Heeeee…

Ok! Let’s start the session. Saya ingin bercerita tentang hari perkahwinan saya yang berlangsung seminggu lepas. Dah seminggu? Cepat betul masa berlalu. Tak sedar. Ok, untuk menyenangkan yang bercerita dan memudahkan yang membaca, saya akan buat kronologi sebelum, semasa dan selepas. Ok?

Sebelum

On 1st of June, Safrah and I boarding to Kota Bharu from LCCT. Dady, Mumy, Kd, Don, Jr and Syafiqah naik Pregio. Uncle, Aunt and Mak Tuk naik keta uncle. Dorang gerak pukul 8am. Kami gerak 7.30am. Took taxi to kL Sentral and took bus to LCCT. Nak dijadikan cerita, bus Skybus yang selalu I naik pergi LCCT tu dah pindah tempat and I tak tau pindah mana, so, I pun naik je la bus yang lagi satu tu, yang rona kuning, nama I lupa. Fare RM8 per person, murah, tapi, sangat tak comfortable! From kL sentral sampai LCCT, kami berpeluh-peluh macam berlari 500 meter padahal dalam bus ni, dalam bus yang aircond-nya langsung tak berfungsi!!! Hah, kat sini I betul-betul tak faham. Driver tu tau aircond rosak tapi he has no initiative nak pergi service aircond tu. Dia siap pesan lagi, “kalau panas buka tingkap kat atas bumbung bus tu”. Whathell?! Memang sekali tu je la naik bus tu.

Arrived at LCCT one hour ++ earlier, so senang nak self check-in and mengisi perut yang kosong. After we print our boarding pass, we had Mcd for breakfast. Lepas makan, terus masuk kat waiting hall. Nak dijadikan cerita lagi, ni 1st time nama I kena tulis dalam 1 piece of paper by the polis bantuan. I tak tau kenapa?! Tapi, I nampak semua nama cina and bukan nama melayu. Lantak laaa.. Malas nak layan. Tunggu di appoint gate sampai kena panggil. Naik aircraft then tunggu lagi sebab traffic jammed. Sampai Sultan Ismail Petra Airport on time juga walaupun lambat take-off. Abeyohs picked us up and pusing-pusing kB cari makan. Takde. End up, makan kat rumah.

Then, after makan, I buat inspection. Heeee.. Sebab Abeyohs cakap dia dah bersihkan rumah tahap bersih, tahap Alam Flora punya. Setelah inspection dibuat, yes! Memang bersih tahap gaban! Heeee… Time I buat inspection tu, orang pasang pelamin tu datang pasang pelamin, hias bilik pengantin, pasang khemah, buat meja makan beradab dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Makan masa setengah hari juga dorang buat semua-semua tu. Lori 2 kali trip hantar barang. Pekerja semua lelaki dan saudara Abeyohs juga.

Gambar? Nanti la ek..

Petang, kami pergi guest house yang telah disewa tu. Bayar sewa then tunggu dorang mumy sampai. After dorang mumy got comfort, then Abeyohs and I and Poksu pergi cari lauk for their dinner. After got lauk, balik rumah Abeyohs, prepare everything then send the food to the guest house. After that, rushing pula pergi rumah Mok Ngoh untuk ambil daun inai. Then rushing balik rumah Abeyohs sebab time tu dah pukul 10 lebih. Cepat betul masa berlalu. Sampai rumah je terus sesi tumbuk menumbuk inai berjalan. 1st round je tumbuk. 2nd and 3rd round kasi blender saja. Cepat, senang dan mudah. Chik pakaikan kat jari tangan I je, sebab malam tu I tidur kat guest house, so jari kaki I suruh Kd pakaikan.
 
Nak dijadikan cerita lagi, Kd pakaikan inai tu time mata dia separuh tutup. Esok pagi bangun dari tidur, cuci jari kaki tangan, jari tangan cun! Jari kaki hampeh! So, pepagi tu dorang mumy gerak pergi Rantau Panjang. Me? Balik rumah Abeyohs pakai inai lagi!!!!! Pakai 2 kali pula tu. Memula pakai yang henna dalam tiub tapi tak cukup. Abeyohs pergi la kB cari inai. Dorang kata ada jual kat Mydin. Pergi la Mydin. Bila sampai Mydin, inai dalam tiub dah habis pula. Tinggal inai serbuk je. Adui. Then pergi ke Pantai Timur Supermarket, tapi kat situ tak jual. Nak tak nak beli la juga inai serbuk tu. Bancuh je la. Abeyohs beli sampai 2 bungkus. Macam jari jemari I ada 100. Huh! Lepas Che Yah bubuh inai tu I terus la jadi paralyzed for 24 hours! Ye la, dari malam sampai ke pagi, dari pagi sambung ke petang pula. Nasib baik malam tu malam nikah. Kalau tak? Tak tau la apa yang jadi…
Tapi, syok juga pakai inai ni. Tak payah potong bawang, tak payah hiris daging, tak payah buang kulit lemak ayam, tak payah basuh pinggan, tak payah masak, tak payah buat air. Heeeeeeeeeee..


Malam Nikah
 
Eh, keja dah melambak atas meja ni, mata pun dah tak mengantuk dah, so, story malam nikah ni kita sambung next entry la ek.

Bila nak sambung? Tunggu la I takde keja and mata I mengantuk.

Peace!

p/s..inai di jari kaki tangan masih merah pekat likat lagi..=p

June 13, 2011

Piala FA 2011

Posted by Aly Alberta at 10:43 AM 0 comments
Hi.. Monday bluesssssssss… Klate melepas lagi Piala FA musim ini. Kalah dengan Ganu, 1-2. Klate leading tapi disebabkan jam kat tangan ref tuu mental so masa tambahan 4 minit tu dah jadi 400 minit. Dorang cakap salah Daudsu tapi bagi saya bukan salah Daudsu. Saya tengok dalam tv playback goal tu. Bola dah lepas garisan dah baru Daudsu tendang bola tu. Orang nampak macam Daudsu buat goal sendiri. Tapi, ye la kan... Bola tu bulat, garisan pun nampak tak nampak, rumput pun tercabut sana sini.. Kena minta CSI tengok video playback tu baru boleh buat keputusan yang betul. Tapi, walau apa pun, saya tetap mengatakan yang Daudsu tidak bersalah. Jangan mudah meletak kesalahan pada orang. Kesian dia. Selama 90 minutes ++++ Daudsu tu main, tak pernah sekali pun Ashaari tu terlepas. Kalau pun dirinya terlepas, bola mesti tak lepas. Itu yang kita perlu tengok. Effort; Spirit; Energy; Failure are different things. He has done his best! Gomo Daudsu Gomo!!!!!!!!!!

Ada juga orang cakap yang Ganu bagi $$$ kat Klate untuk bagi Ganu menang. Nak buat hadiah hari jadi kat Agong katanya… Hish! Hish! Hish! Sungguh memalukan kalau benda ni betul. Tak gentlemen la ini macam. Nampak sangat team yang memberi tu tak kuat sebab sanggup bagi $$$ kat team yang kuat supaya dorang main bodoh-bodoh. Ye la, cuba bayangkan, masa game MSL kat Ganu, Klate menang 3-0. 5 hari kemudian lawan lagi kat SBJ untuk Piala FA, Klate kalah 2-1. Dedua goal disumbat pada masa tambahan. Ref tu pun tak alert dengan timing. Dalam tv dah tunjuk ada masa tambahan 4 minit tapi dekat SBJ, dah 3 minit berlalu baru ref keempat angkat board ada tambahan masa 4 minit. WTH?! (Ini kejadian sebenar. Saksi; Dalam SBJ: Abeyohs. Depan tv: Adikyohs)

Oh! Abeyohs pergi berperang dengan geng-gengnya tapi pukul 12am dah sampai rumah. Awal kan? Mana tak awal, lepas Ganu score goal kedua, mereka terus keluar, cari kereta, start kereta dan menuju pulang ke rumah. Kalau menang confirm 3am baru sampai rumah... Heeeee... =p


Well, game dah habis. Nak bising-bising pun nothing going to change. Tunggu musim depan la ek. Sekarang, kita focus pada MSL. Pastikan kita JUARA!!!!!

Gomo Klate Gomo.

p/s..hari jumaat lepas saya kena injection..memang berbaloi-baloi!!!


June 9, 2011

I'm Back!

Posted by Aly Alberta at 11:44 AM 2 comments
Hi.. I'm back to work! Since yesterday. Our 1st journey Klate-kL was awesome! Even though 11 hours. HaHaHa.. Abeyohs bawa keta 80-60-40-20 km/j. Sakit bon2 duk dalam keta!

Now, dah duk dengan husband. Hamboi! Husband!!! HaHaHa.. So far so good. Nanti la kita story mory. Tunggu Abeyohs pasang internet kat rumah dulu. Tunggu ek..

p/s..entry ni actually nak inform yang saya dah bergelar isteri..heeeeee..=p

May 30, 2011

Kaamatan!

Posted by Aly Alberta at 11:07 AM 0 comments
Hi, it’s Kaamatan Day! And, I’m working! And, it’s the last Monday. Last Monday as a single mingle beautifool girl. Has the second last ride trip on U26. Tomorrow will be the last kot. Or, Wednesday kot. Oh, on Wednesday, Dady, Mumy, Kd, Don & JR are coming to the town! Excited tahap gaban. But, not only me! Itu Makcik Syafiqah siap countdown lagiii... Thursday, I’m flying to kB with Safrah. Thursday juga the others will travelling to Klate by cars. Tak tau berapa keta tapi yang tau lebih dari 1.

Abeyohs makes his move maybe on tomorrow morning. Sepatutnya, today tapi due to some problemossss yang tak henti-henti datang bertandang, he gerak pepagi buta esok. Alone! Pity him. May God bless his journey. Selamat pergi dan selamat sampai. Amin.

Oh, siou, lari dari tajuk. Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan. Sabah has 2 days PH. Syok ohh!! Aramai tiii la tuu kan.. Bah, don’t drink and drive kio. Ingat laa orang tersayang.. Kalau magauk 200%, tidur ja di kaki lima, or di kereta. Biar nakalapik tertunggang terbalik, bisuk pagi, bangun, cuci muka, drive muli. Jangan sambung moginum!

4 days before. Has no word to describe. Bye!


p/s..macam mana la si jr tu sekarang kan??..mesti guragas!

May 27, 2011

A week before..

Posted by Aly Alberta at 9:42 AM 0 comments
Hi.. Hello.. Assalamualaikum.. *dup dap dup dap*

A weeeeeeeeeek before JSD.. Nervous? Tak laaa.. Biasa-biasa je.. *muka kerek* HaHaHa.. Gila tak nervous!!! Nervous tahap gaban ok!!!
Dulu.. 2 3 4 minggu lepas, bila orang tanya “nervous ke tak?”.. Kita dengan selamba menjawab, “tak!”
Dulu.. lepas bagi kad jemputan kahwin, bila orang tanya “apakah perasaan anda nak kahwin ni?”.. Kita dengan muka tak bersalah menjawab, “entah!, tak rasa apa-apa pun, takde perasaan apa pun”
Dulu.. 2 3 4 bulan lepas, bila orang tanya “dah buat persiapan diri?”; “dah buat persiapan fizikal?”; “dah buat persiapan mental”.. Kita dengan muka tak boleh blah menjawab, “alah lambat lagiii, relaks laaa”

Sekarang!!! Semua jawapan di atas telah memakan diri sendiri.. Konon tak nervous!! Kerek takde perasaan!! Poyo nak relaks sangat!!! Itu semua bloody shit!!!! Sekarang terkapai-kapai minta nyawa!! Ye la, bila masa nak buat persiapan dalam segala persiapan... Kang, alih-alih semua tak siap!!

Tapi, ni bukan pasal persiapan kebendaan. Tu semua dah settle dah, no problemo. Ni pasal persiapan diri sendiri yang kerek tahap gaban ni.. Tak tau la nak buat persiapan macam mana.. Rasanya dah ready kot! Heeeeeeeeee…. Eh, dah la rasanya-rasanya, ada kot pula?! Memang tak ready!

Em, senang-senang let it be je laa.. Kita follow saja flow-nya. Confident level tu letak suam-suam kuku je. Kalau letak terlampau panas tu dah jadi over confident, kang tak jadi apa lak. Kalau letak terlampau sejuk tu dah takde confident langsung, lagi lah hampeh. So, masalah pun selesai. Kalau tak selesai juga, kita jumpa pakar motivasi iaitu Dato’ Abeyohs. Lepas jumpa dia, confirmed settle!! =p

Yang penting, kita berkunjung ke Nail Parlour & SPA & Secret Recipe.. 2 3 4 hari sebelum JSD.. Oh, dan Vincci, Nose, MnG, Zara, Jusco & Baskin Robbins. Baru cool…

p/s.. Uniqlo dah buka kt kLcc..jom shopping lepas mengeluarkan air mata di cinema with NKTM..

May 18, 2011

Something...

Posted by Aly Alberta at 10:36 AM 0 comments
Hi.. Saya ada rasa tak best ini hari.. Don’t know why?! I forgot my pinky. I put it on the shoe rack to get benang and jarum for Abeyohs to jahit butang baju. Then, after I got it all, I shut the door, locked the grill and press the elevator down. Sampai kedai mamak, cari phone takde.. Memang ngeng ngong!!!

At kedai mamak pula, I ordered mee goreng kosong yang mempunyai rasa pahit. Maybe because of the tea O ais limau kot. Pepagi minum ais. Pepagi minum masam-masam. Pepagi keluar masuk toilet. Haih! Tapi, yang keluar masuk toilet ni tiap-tiap pagi hari. Asal pagi je, mesti keluar masuk toilet, tak kira masa, asalkan pagi, tak kira tempat asalkan pagi. Haih! Haih! Haih!

Today, 18th May. Yesterday, 17th May. Day before yesterday, 16th May. 16th May is Teacher’s Day. Sudah wish semua cikgu-cikgu di seluruh dunia. 16th May juga 2nd leg Semi Final Piala FA. Result is Kel 1-1 Sel. Meaning, Kelantan melangkah ke final dengan aggregate 6-2. Pergggghhhhhhh… Tak percaya!!! Final game pula on this coming 11th June di Stadium Shah Alam lawan jiran, Terengganu. Ini pun tak percaya juga!!! =p

Congratto Klate!!!

Sekarang story pasal JSD pula. Lagi 2 minggu. Perasaan? Still, tiada perasaan. HaHaHa… Everything is gone well. Walaupun ada problem, eh! read: banyak problem yang datang melanda, kami, eh! read: Abeyohs sabar menempuhnya. Saya pula? Memula tu memang panasssssssss, tak nak cakap dengan orang, mengamuk tak tentu pasal, makan pun tak nak tapi lelama bila sudah rasa lapar yang amat tetiba dah cool down and sabar menunggu nasi untuk dihidang… =p

Let’s do the cross check… 2 weeks before the day…

Invitation card = 80% done (rasa macam dah bagi semua tapi ???, siapa belum dapat give your mailing address ek, nanti saya post)

Documentation = 90% done (part kami dah settle, sekarang part tok imam lak..)

Baju dan yang sewaktu dengannya =95% done (selendang putih mana nak cari??)

Pelamin, bilik pengantin dan yang sewaktu dengannya = 100% done (tunggu masa sahaja)

Canopy, meja, kerusi = 100% done (tunggu masa juga)

Makanan, minuman dan yang sewaktu dengannya = I’ve no idea sebab semuanya bakal ayah mertua saya yang urus, tapi saya rasa semuanya ok!

Hantaran = so far so good =>

Itu je kot, rasa semua will be great. Saya serah saja pada yang pakar… =p

Oh! Ada lagi… Diri sendiri = A big question mark!!!


p/s… l.o.v.e

May 10, 2011

Lama seh!

Posted by Aly Alberta at 8:16 AM 0 comments
Hi tuan-tuan & puan-puan.. Sekian lamaaaaaaaaaaa... ku tidak meng-update blog ku ini... Haih! I've been very busy. Ada masa tapi masa itu ku jadikan masa untuk tidurrrrrr... Penat yang amat!!!! Nak tau 1 rahsiaaa... Tapi kalau I bagi tau bukan rahsia dah la ek... Hahahaa..

Tapi nak bagi tau jugaaa.. Saya kan.. Dah lamaaaaaa............

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

... tak tengok TV. Rindu seh! Santai-santai depan tv sambil makan coklat minum air ribena. I'm really exhausted with the damn busted preparation!!! Dah lama tak tengok CSI. Rindu sama itu Flack! Dah lama tak layan Covert Affairs. Rindu sama itu Ben Mercer! Eh! Bukan, rindu sama itu Annie. Oh! I've missed Maharaja Lawak last Friday. Frust!!!! Bila la ulangan dia ek?? Sempat ke nak catch up ni.. Aduiiiiiiiiiii... Sila sebut aduiiii tu macam Zizan sebut.. Confirmed released tension!


JSD? Oh! So far so ok.. Baju dah fitting tapi itu baru 1st fitting. This weekend turun kB lagiii for the 2nd fitting.. Lagipun, documentation belum siap sepenuhnya. Memacam hal laaaaa.. Lepas satu, satu lak datang. Kalau yang satu tu dah settle, no hal tapi tak settle lagi benda lain lak datang menjelma.. Memang pund__s!!!! But, I've been good even though air mata dah kering. Abeyohs stronger than me! Yes! I'm spongebob! Picit sikit keluar air..... Ngeng ngong!!!!!!!


Invitation card is on it's way. Abeyohs has done his. Mine, half of it still on my desk!! Yang by post dah on the way dah.. Oh! Cita pasal invitation card ni, I would like to thanks so very much to my 2 princesses for helping me out!!! Unless, I tak payah buat 4 in 1 - tulis, lipat, masuk, stick. Saya tulis saja, makcik2 sya tolong lipat, masuk & stick. Without them, sampai hari ni tak siap lagi kot!!! Thanks makcik2 kuuuu... Nanti kakak belanja ice-cream!!!!


Keja kat ofc pun berlambak!!! Hari ni saya nak jadikan Hari Mem-filing Sedunia!!! Gila banyak!!!!! Macam 1 bundle paper dah gaya kertas-kertas tuuu.. File jangan cakap laaaaaaaaa... Kena settle semua sebelum cuti seminggu panjangggggg... Nanti kesian En. Hasnan.


Ok la, I rasa macam nak makan nasi goreng laaaa... Padahal pagi tadi dah makan roti canai kosong cicah kari... Lapar!!!!!!!

See u..

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device