August 19, 2011

19 Ramadhan 1432H, 2011

Posted by Aly Alberta at 12:23 PM 0 comments
Hi.. Hello.. Assalamualaikum..

Saya dengan sedihnya nak bagi tau yang saya tak puasa. Dah 5 hari. Sedih tahap gaban!!!! Jenuh nak ganti... Tapi dalam tak puasa tu, masa berbuka adalah masa yang ditunggu-tunggu. Act like I'm fasting for the whole day!! Very the, tak malu!!!

Ok, kita story mory...

Hari tu stop kat 10 Ramadhan..

11 Ramadhan..Oh mengikut magic calendar hari ni puasa tapi dah lupa makan apa..

12 Ramadhan..Makan kebab di tengahari selepas memborong tudung dan baju inner. Apa nak jadi?

13 Ramadhan..Puasa!!!..Buka kat rumah. Tapi sebelum buka puasa pergi jenjalan kat Jalan TAR. Jenjalan je. Ada la jumpa 4 5 beg plastik masa jenjalan tu. Dah terjumpa kan, nak buat macam mana. Rezeki jangan ditolak. Tak baik. Heeeee..... Tapi yang tak best tu duk kat dalam parking Sogo tu 2 jam. I siap boleh tertidur lagi. Sedar-sedar je baru nak bayar parking. Memang gila!!! Keta banyak tapi kaunter keluar buka 1 je. Memang hampeh tahap gaban! We having ikan bawal 3 rasa + sayur kailan ikan masin + tomyam ayam made by Restoran Niyang Rapik. Esok dah nak dekat raya, kedai Niyang Rapik tu mesti tutup. Mana la nak cari makanan niiiii... Tapi, macam sama je cuti kami nanti. Kena tanya nanti ni.. Baru boleh merancang... Heeee..

14 Ramadhan..Puasa juga!!!..Buka at Ampang. Pergi ke bazaar ramadhan Bukit Indah after 2 weeks of puasa. Kalau dolu-dolu, tiap-tiap hari pergi.. Macam biasa, kuih donut + cakoi + kuih champiang kacang wajib dibeli. Ada new attempt iaitu roti boom. Kena ambil nombor as order sebab ramai gila yang nak order. Sampai bazar 5.30pm, dapat number 34, dapat roti boom pukul 6.30pm. Sejam tunggu!!! Gila!!! Having Aunt Hanim's chicken curry. Perggghhhhhh...tambah 3 kali tau.. Lepas tu makan roti boom cicah that curry juga, habis satu setengah keping. Full house! Tak lepak lama sebab itu Abeyohs sibuk nak balik sebab nak tengok bola. Ngeng!

15 Ramadhan sampai 19 Ramadhan...Tak puasa!!!! Sendiri mau ingat laaaaa... Pergi klinik 3 kali dalam masa 5 hari. Memang memecahkan Airly's Book of Record!!!!

Oh, on 17 Ramadhan join Abeyohs, Pokyaa & the gang buka puasa at Seoul Garden. Selalu melantak yong tau foo tapi this time, melantak daging marinated with black pepper yang dibbq. Yang pelik, tak rasa pening padahal makan banyak ni. Kalau selalu, makan 2 keping dah pening-pening lalat. Selera perut dah lain. Ikut je laaaa.. Kang tak ikut, kesiannnnnn... =p

Kejap je kan, dah 19 Ramadhan. Kalau ikut calendar, 10 hari lagi dah raya. Kasut raya belum beli lagi ni. Handbag raya pun tak cari lagi. Esok lusa minggu depan dah nak balik kampung. Takkan nak cari kat kB Mall. Tak larat nak hadap traffic jammed di kB.

Oleh sebab itu, wahai Abeyohs, mari la kita berkunjung ke mall-mall yang berdekatan. Macam biasa, kita pergi jenjalan je. Mana la tau kan terjumpa barang 4 5 6 beg plastik. Rezeki ada dimana-mana...=p

August 10, 2011

10 Ramadhan 1432H, 2011

Posted by Aly Alberta at 10:04 AM 0 comments
Hi.. It's Wednesday. Obviously, takde Wordless Wednesday today. I want to speak out. Because I tak puasa (again). Kesian tak? Sahur tadi bangun, minum susu macam biasa. Lepas habis susu segelas, bluekkkk... Habis keluar semua. Tak sempat pergi toilet pun! Muntah kat situ juga macam baby yang tak kena burpp lepas minum susu. Banyak! Sampai toilet muntah lagi 2 kali. Well done! Susu segelas tadi dah habis dikeluarkan. Automatically, badan rasa lembik, lidah tak rasa apa, tekak loya macam minum air garam! Itu sebelum waktu subuh. Kira berpuasa la. Sampai office, jumpa toilet lagi. Muntah lagi. Great! Turun bawah, beli air bunga + sandwiches. Maknanya, tak puasa.

Sambung cerita puasa ke lima dan seterusnya..

5th Day...Puasa penuh. Tak ingat makan apa. But, malam tu rasa sejuk semacam tapi badan panas. Pelik bin ajaib. Tidur awal.

6th Day...Setelah badan sejuk panas sejuk panas, maka tak berpuasa la hari ni. Tapi masa buka puasa, kita tambah sampai 3 kali. Sedap! Buka puasa at Ampang. With the Makciks! Aunt Hanim masak nasi tomato + kurma telur + ayam goreng + acar timun + air sirap + kuih muih. Result is awesome!!!!

7th Day...Hari mengemas rumah tapi semalam dah melantak, so hari ni mesti puasa! Masak nasi goreng kampung yang takde ikan bilis. Ganti dengan fish cake. Minum air milo kawwwwww... Kenyang!

8th Day...Out!!! Pepagi dah lembik!!! Lunch hour makan nasi goreng ayam kunyit. Tak malu! Petang berbuka dengan nasi ayam penyet di kLcc. Sebelum tu, layan Captain America dulu.

9th Day...Puasa penuh! Having nasi putih + pajeri terung + ikan keli goreng + ikan kembung goreng + murtabak daging + soya. Kenyang. Tidur awal.

10th Day...Sila rujuk perenggan pertama. Bye.

August 5, 2011

5 Ramadhan 1432H, 2011

Posted by Aly Alberta at 10:44 AM 0 comments
Hi.. Dah 5 Ramadhan dah.. Tak sedar.. Heeeee.. Entry pun empty. Hahaha... Jangan marah. Sila salahkan kemalasan, kesibukan dan kepenatan yang melanda diri. Mula-mula puasa memang penat, memang letih. Tak larat. Tapi nanti dah masuk minggu kedua, dah ok dah.. Kira perut dah biasa laaa..
Ok laaa.. Sekarang mau cerita pasal makanan from 1st sampai 4th (semalam).

1st Day...Hari ni memang totally out!!!!!!!!!! Lembik loteh!!! Lauk; nasi beriani + ayam masak merah + acar timun + soya bean. Kenyang tapi........
2nd Day...Muntah-muntah dari pagi sampai tengahari. Frust gila menonggeng!!! So, tak puasa. Dah kena ganti satu hari. Tapi, ini bersebab. Sebabnya...nanti laa. Lauk (tengahari); nasi goreng + sausage + fish ball. Lauk (buka puasa); nasi ayam + air putih. Tak habis nasinya. Ratah ayam je laaa..

3rd Day...Pasang niat betul-betul. Minta kekuatan dari Tuhan. Alhamdulillah puasa penuh. Lauk; nasi putih + ikan keli + ayam masak merah + 100 plus. Ikannnya pedas ya amat...tambah lagi dengan gas 100 plus...tambah lagi dengan angin dalam perut, makanya, muntah balik semuanya. Haih!!! Pukul 9 malam pergi beli Subway. Nasib dekat. Ambil Cheese & Steak, dapat free air orange Minute Maid. Result; habis licin. Kenyang.

4th Day...Puasa penuh juga. Tapi, pukul 3pm, perut dah mental. Kuatkan iman, kuatkan hati dapat laa buka puasa dengan nasi putih + tom yam ayam + bon-bon ayam + air orange Minute Maid semalam. Ohh ada kuih karipap kentang and kuih cempedak yang diberi oleh Mirul, kawan Abeyohs.

5th Day...Setakat 10.45am, perut ok! Tekak rasa nak makan ayam penyet. Nyummy!!!!
p/s..misi untuk berpuasa selama sebulan tahun ni telah musnah..sila cuba lagi tahun depan..=p

August 1, 2011

1 Ramadhan 1432H, 2011

Posted by Aly Alberta at 10:09 AM 0 comments
Hi Ramadhan.. Kita berjumpa lagi tahun ni... Yippie!!!

Tahun ni saya berpuasa di rumah lain. Percubaan sahur hari pertama = succeed! Minta-minta esok succeed lagi..

Status perut hari pertama, 01.08.11, Ramadhan 1, 10.10 am = dah tak betul dah..harap-harap dapat tahan..amin.

Semoga Ramadhan kali ni diberkati dan diredhai..

Happy fasting everyone...


p/s..tahun ni ada lagi ke story mory everyday about ramadhan?..wait & see..

July 30, 2011

The Babies...

Posted by Aly Alberta at 4:13 PM 0 comments
My Lovely 3 Princesses
Safrah Diqah
Syafiqah Dafinah
Jana Khanum
2 budak kecik!
Dyrill Donn
Eric Junior
He is so adorable!
Cair hati gua...

I wish they will be babies for ever.. Sekarang, semua dah besar panjang... How I missed them so very much?!


July 21, 2011

Wordless Wednesday # 14

Posted by Aly Alberta at 3:00 PM 0 comments

July 19, 2011

Chelsea Asia Tour 2011

Posted by Aly Alberta at 8:15 AM 0 comments

Go More Harimau Go More!!!


A HIGH FIVE to ai ai captain!!!




*all photos are from mr.google*

July 18, 2011

Dream Team

Posted by Aly Alberta at 12:55 PM 0 comments
Duluuu... ini dream team saya...

Goalkeeper - Apek
Defenders - Mahali, Muslim, Fadhli, Asra
Midfielders - Amirulhadi, Safiq, Gurusamy, Kunanlan
Strikers - Safee, Norshahrul

Tapi...

Sekarang... ini dream team saya...

Goalkeeper - Sharbinee
Defenders - Mahali, Muslim, Fadhli, Asra
Midfielders - Amirulhadi, Safiq, Gurusamy, Ashaari
Strikers - Safee, Norshahrul

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device