June 13, 2011

Piala FA 2011

Posted by Aly Alberta at 10:43 AM
Hi.. Monday bluesssssssss… Klate melepas lagi Piala FA musim ini. Kalah dengan Ganu, 1-2. Klate leading tapi disebabkan jam kat tangan ref tuu mental so masa tambahan 4 minit tu dah jadi 400 minit. Dorang cakap salah Daudsu tapi bagi saya bukan salah Daudsu. Saya tengok dalam tv playback goal tu. Bola dah lepas garisan dah baru Daudsu tendang bola tu. Orang nampak macam Daudsu buat goal sendiri. Tapi, ye la kan... Bola tu bulat, garisan pun nampak tak nampak, rumput pun tercabut sana sini.. Kena minta CSI tengok video playback tu baru boleh buat keputusan yang betul. Tapi, walau apa pun, saya tetap mengatakan yang Daudsu tidak bersalah. Jangan mudah meletak kesalahan pada orang. Kesian dia. Selama 90 minutes ++++ Daudsu tu main, tak pernah sekali pun Ashaari tu terlepas. Kalau pun dirinya terlepas, bola mesti tak lepas. Itu yang kita perlu tengok. Effort; Spirit; Energy; Failure are different things. He has done his best! Gomo Daudsu Gomo!!!!!!!!!!

Ada juga orang cakap yang Ganu bagi $$$ kat Klate untuk bagi Ganu menang. Nak buat hadiah hari jadi kat Agong katanya… Hish! Hish! Hish! Sungguh memalukan kalau benda ni betul. Tak gentlemen la ini macam. Nampak sangat team yang memberi tu tak kuat sebab sanggup bagi $$$ kat team yang kuat supaya dorang main bodoh-bodoh. Ye la, cuba bayangkan, masa game MSL kat Ganu, Klate menang 3-0. 5 hari kemudian lawan lagi kat SBJ untuk Piala FA, Klate kalah 2-1. Dedua goal disumbat pada masa tambahan. Ref tu pun tak alert dengan timing. Dalam tv dah tunjuk ada masa tambahan 4 minit tapi dekat SBJ, dah 3 minit berlalu baru ref keempat angkat board ada tambahan masa 4 minit. WTH?! (Ini kejadian sebenar. Saksi; Dalam SBJ: Abeyohs. Depan tv: Adikyohs)

Oh! Abeyohs pergi berperang dengan geng-gengnya tapi pukul 12am dah sampai rumah. Awal kan? Mana tak awal, lepas Ganu score goal kedua, mereka terus keluar, cari kereta, start kereta dan menuju pulang ke rumah. Kalau menang confirm 3am baru sampai rumah... Heeeee... =p


Well, game dah habis. Nak bising-bising pun nothing going to change. Tunggu musim depan la ek. Sekarang, kita focus pada MSL. Pastikan kita JUARA!!!!!

Gomo Klate Gomo.

p/s..hari jumaat lepas saya kena injection..memang berbaloi-baloi!!!


0 comments:

Post a Comment

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device