Hi.. Apa macam hari Sabtu anda?? Hangat tak? Kuning tak? Hari sabtu saya sangat hangat, sangat kuning menyilau. Sebab? Rasa semua orang dah tau kan.. Sebab korang pun panas juga kan? Oleh sebab itu sesiapa yang gedik sangat nak berjalan ramai-ramai di kota kL tu pastikan anda tidak menyusahkan orang lain. Sebab, kerana anda semua yang rajin sangat berjalan berhimpun di kota kL, saya kempunan nasi minyak kenduri kahwin!!!!!!!!!!! Ada tau!
Konon nak bersihkan apa yang tak bersih tapi anda, anda, anda tahu tak yang anda semua telah mengotorkan kota kL tuuu?! Tourist pun jadi takut sebab anda semua tau tak! Jatuh la nama Malaysia ini macam! Hati saya pun dah tak bersih sebab sumpah seranah kat anda semua!!!!
Kalau nak berhimpun pun, pergilah di luar kota kL. Pergi tepi pantai tu. Luas pun luas. Jalan la korang dari hujung ke hujung. Takde orang yang akan disembur air pemedih mata. Air laut masin ada!!! Atau pun berenang la korang merentasi lautan tuuu.. Nak tunjuk sangat kan!!!
First time stuck in jammed 3 hours +++ walaupun jalan tu jalan lurus yang selalunya mengambil masa 15-20 minutes je nak sampai kat hujung jalan tu tempat di mana kami buat u-turn sebab memang dah tak boleh tahan. Memang totally insane!!!!! Dengan perut lapar, pening kepala, hati panas, fikiran serabut, kesabaran dah terbang jauh melayang, Abeyohs tak pasal-pasal kena marah, konon tak nak makan, last-last makan nasi lauk kari ayam tambah 3 kali!!!!
Haihhh.. Takde rezeki nak makan nasi minyak Mirul & Dila (Abeyohs’s colleagues) walaupun korang datang jauh dari kL to kB untuk makan nasi minyak kitorang. Really appreciate that. Bila turn korang lak, kitorang tak dapat merasa. Ruginya!!! Takpe, nanti korang buat kenduri cukur jambul kami pasti datang. Heeee.. Anyway, congratto to Mirul & Dila. Semoga kekal sampai bila-bila. Happily ever after.
Actually, semalam, hari Ahad ada kenduri kahwin juga. Anak Kak.Zarina (my ex-colleague) tapi Abeyohs kena jadi pom-pom boy kat tournament futsal office dia. So, tak berkesempatan la nak pergi. Nasib juara, kira berbaloi laaa, kalau tak kempunan lagi sekali.
Hari ni hari membayar puasa. Selamat hari ni tinggal 2 hari lagi… Wish me luck!!!
p/s..ada sesiapa yang buat kenduri kahwin dalam masa terdekat ni? Jangan lupa invite orang yang kempunan nasi minyak ni tau…
0 comments:
Post a Comment