March 3, 2012

Tidakkah Kita Prihatin??

Posted by Aly Alberta at 10:30 PM
Reactions: 
Hi, pernahkah anda melihat soalan di atas? Yup! It's in the Star/Putra/Monorail tren. Atau, mungkin di dalam KTM juga. Di dalam bas awam juga. Pendek kata, soalan itu berada di semua pengangkutan awam yang ada di Kota Lumpur ini.


Selalunya, di atas soalan itu terdapat gambar golongan OKU/orang tua/ibu mengandung dan di bawah soalan itu ada anak panah menunjukkan sebuah kerusi yang boleh dipenuhi oleh 3 orang. Tetapi, tetapi, jarang sekali 3 orang yang sedang duduk itu adalah orang-orang di dalam golongan gambar yang tertera.


Kenapa begitu? Adakah rakyat Malaysia ini tidak prihatin? Eh, tak boleh salahkan rakyat Malaysia semata, sebab ada banyak jenis manusia yang berada di dalam LRT pada satu-satu masa. Adakah manusia di dunia ini sudah tiada hati perut? Atau pun, siapakah lebih prihatin? Lelaki atau wanita?


Saya tiada jawapan bagi soalan itu tapi saya ada beberapa situasi yang boleh membuat anda berfikir akan jawapan pada soalan tersebut. Situasi ini berlaku kepada saya semasa saya menjadi salah satu daripada golongan gambar pada soalan itu.


Situasi 1


Masa: Pagi, sebelum pukul 8.00 am.
Tempat: Dalam Monorail
Perjalanan: Stesen Maharajalela ke Stesen Raja Chulan
Situasi: Sunyi sepi sebab pepagi orang semua not in the mood yet including me. Monorail agak penuh pagi tu, all seats are occupied. So, ibu mengandung ini tidak berharap pada siapa-siapa untuk memberi tempat duduk sebab pepagi badan masih fresh dan bertenaga. Namun, dalam masa yang sama ibu mengandung tetap menjeling kepada setiap orang yang duduk itu, ada yang tidur tapi tak tau la tidur betul or tidur-tidur ayam or pura-pura tidur, ada yang buat tak tahu, ada yang baca paper, ada yang melayan perasaan, ada yang bercakap di telefon dan macam-macam lagi. Sehinggalah sampai di stesen Raja Chulan, tiada siapa yang bangun dan memberi tempat duduk kepada ibu mengandung ini.


Situasi 2


Masa: Petang, selepas waktu kerja
Tempat: Dalam monorail
Perjalanan: Stesen Raja Chulan ke Stesen Bukit Nanas
Situasi: Monorail sangat packed! Biasalah, semua orang nak balik rumah cepat. Bila monorail dah penuh sangat memang susah nak dapat tempat duduk walau pun ibu mengandung ini berdiri betul-betul di depan orang yang boleh duduk. Sampai stesen Bukit Nanas, ibu mengandung tetap setia berdiri. Keluar sahaja dari monorail, kaki memang rasa macam nak patah tapi masih boleh jalan lagi.


Situasi 3


Masa: Petang, selepas waktu kerja
Tempat: Dalam Putra LRT
Perjalanan: Stesen Dang Wangi ke Stesen kL Sentral
Situasi: Putra pun penuh dengan manusia! Tren 2 koc pula tu. Bila masuk je, tak sampai seminit seorang wanita bangun dan memberi tempat duduk kepada ibu mengandung ini. Terima kasih!


(Situasi 3 ini pernah berlaku 2 3 4 kali)


Situasi 4



Masa: Petang, selepas waktu kerja
Tempat: Dalam Putra LRT
Perjalanan: Stesen Dang Wangi ke Stesen kL Sentral
Situasi: Tren 4 koc tapi agak penuh. Ibu mengandung berdiri dan tetiba seorang wanita memberitahu seorang lelaki sasa ada ibu mengandung ni dan tanpa jawapan si lelaki sasa itu memberi tempat duduk kepada ibu mengandung ini. Terima kasih!


Situasi 5


Masa: Petang, selepas waktu kerja
Tempat: Dalam Putra LRT
Perjalanan: Stesen Dang Wangi ke Stesen kL Sentral
Situasi: Ibu mengandung mendapat tempat duduk sebaik saja masuk dalam tren. Bila sampai di stesen berikutnya, ada lagi seorang ibu mengandung yang sarat masuk dan ibu mengandung yang tak berapa sarat ni bagi la tempat duduknya, rasanya masa tu saya mengandung baru masuk 6 bulan, so perut tak obvious sangat tapi orang sebelah saya agak malu juga la sebab dia sihat tapi dia tak bagi tempat duduk dia. Dan, untuk menutup malu tersebut, dia bangun dan memberi tempat duduk kepada ibu mengandung yang tak berapa nak sarat ni. Kedua-dua ibu mengandung bertentang mata dan berbalas senyuman. Heeeeeeeee.....



Situasi 6


Masa: Petang, selepas waktu kerja
Tempat: Dalam Putra LRT
Perjalanan: Stesen Dang Wangi ke Stesen kL Sentral
Situasi: Tren 2 koc dan penuh. Ibu mengandung berdiri betul-betul di depan orang yang duduk tapi 2 orang wanita ini khusyuk bercerita. Tiba-tiba 1 suara lelaki kedengaran, "akak tak nak duduk ke?, saya boleh tolong cakapkan", so sweet kan?, tapi ibu mengandung ini menggeleng kepala tanda tidak setuju sambil menjawab "takpe la bang, saya masih boleh berdiri". Mungkin salah seorang wanita itu mendengar perbualan kami lalu bila kawan dia keluar di stesen Masji Jamek, dia pun terus berdiri dan menghilangkan diri ke koc sebelah. Ibu mengandung dapat duduk. Terima kasih gentleman!



Situasi 7


Masa: Petang, selepas waktu kerja
Tempat: Dalam Monorail
Perjalanan: Stesen Raja Chulan ke Stesen Bukit Nanas
Situasi: Macam biasa, penuh dan padat. Ibu mengandung berdiri betul-betul menghadap pintu. Tiba-tiba ada wanita mencuit supaya berdiri menghadap dia dan perut tak berlaga dengan cermin pintu. Tetapi, lelaki di belakang wanita tersebut tak reti duduk diam dan asyik melanggar bahu wanita tersebut, tak tau dia sengaja or memang dia tak boleh stand still. Oleh sebab itu, handbag wanita itu asyik menyucuk perut ibu mengandung dan wanita itu terpaksa berkali-kali mengubah kedudukan handbag. At last, wanita tu tak tahan, terus sound, duduk diam-diam boleh tak?! Sampai stesen Bukit Nanas, ibu mengandung keluar tanpa menoleh sikit pun ke belakang. Takut!




Ok laaaaa, cukup laaa sampai situasi yang ke 7 saja. Ibu mengandung tak larat duduk lama-lama, nanti kaki membengkak bagaikan juara. Rasanya, anda ada jawapan pada soalan dia atas kan?


Keprihatinan kita selalunya Tuhan balas dengan pahala tapi kita mesti ikhlas.


Till the next post.

0 comments:

Post a Comment

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device