July 27, 2012

7 Ramadhan 1433H, 2012

Posted by Aly Alberta at 12:45 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Hari ni dah 7 Ramadhan. Gila cepat masa berlalu. Tak sedar. Emm.. 

Preparation for Raya is null. Haih! Baju raya belum beli or tempah. Baju raya Abeyohs belum cari. Baju Amr lagi laaaaa.. Orang cakap, kalau dah ada anak ni nak buat preparation tu adalah semangat! Tapi Abeyohs and I, heh no feeling at all. Abeyohs suka buat last minute. I suka planning tapi disebabkan Abeyohs suka last-last minute so I pun terjebak sama. I dah buat list tapi list hanya tinggal list. Tunggu bonus kot baru list tu dicari balik. Heeee.. =p

Ok, cerita pasal Ramadhan. Until yesterday, kami berjaya berbuka puasa di rumah tanpa kelam kelibut. Manage to masak + beli lauk di bazaar. Disebabkan lauk dari bazaar juga la Abeyohs cherry berry 2 hari berturut-turut. Kesian. Me? Tak. Sebab I masih berpantang makan-makan ni, Amr kan breastfeed so I terselamat. Thanks God. Kalau cherry berry juga, memang pengsan.

Menu hari-hari adalah sup, sup, sup dan sup. Sup ayam of course la masak sendiri. Sup daging beli kat bazaar laaa... Oh, dan bonbon ayam. Itu adalah menu wajib kami berbuka puasa. Kuih muih macam biasa laaa... Seri muka, murtabak, agar-agar, akok, puding caramel semua dah rasa tinggal kuih talam and donut lagiiii.. Petang ni kena beliiii...

How is bazaar? Emm hanya 1st day je pergi bazaar tu pun bazaar kecik yang boleh di-conquer selama 10 minit. Bazaar besar tak pergi lagi. Parking kat bazaar selalu pergi. Heeeeee... Amr and I duk dalam keta after fetch Amr from school. Bukan tak nak pergi tapi kesian Amr. Bazaar tu ramai orang, banyak asap, macam-macam orang so untuk kebaikan bersama kita duk dalam keta dengar HotFM Jam je laaa.. Abeyohs laa selalu pergi bazaar. Hasil pembelian juga agak lumayan. Ye la, kalau dah lapar, semua pun bedal...

Amr pula macam mana? He's ok. Orang sahur, dia pun sibuk nak bersahur. Orang buka puasa, dia sibuk nak sleep. Layan je laaaa... Sekarang, Amr dah boleh tiarap. Siap angkat kepala and sengih lagi. Kalau letak atas comforter on the floor memang akan meniarap. Play gym dia dah bukan rupa play gym dah sebab Abeyohs dah cabut benda alah yang gantung-gantung tuu. Semalam dia nak meniarap tapi tersekat kat tiang benda gantung-gantung tu terus merengek laaa.. Oleh itu, hall kena lapang dan luas sebab dia bukan je pandai pusing dan tiarap tapi pusing + tiarap + guling-guling + mengengsot. Nampak gayanya macam kena beli kandang ni.. Kat mana ada jual ek??

Ok laaa.. Nak ready untuk ber-window shopping kat bazaar tengahari kat bawah office ni pula. Mana tau ada yang berkenan...

Till here..

July 21, 2012

1 Ramadhan 1433H, 2012

Posted by Aly Alberta at 12:25 PM 0 comments
Alhamdulillah, kita bertemu sekali lagi dengan Ramadhan. Tahun ni tahun ke 2 berpuasa sebagai Nur Airly Alberta dan sebagai isteri. Alhamdulillah. Tahun ni, tahun pertama berpuasa as a mummy. Alhamdulillah. Dan, tahun ni juga kena berpuasa sambil bagi breastfeeding. InsyaAllah success.

Hari pertama, cun! 

Sahur, bangun. Abeyohs and Ben juga bangun. Sahur bertiga.

Nasi, habis sepinggan. Kenyang.

Air 3L, cukup, lebih kot. 

Perut setakat 11.50am, ok. Mungkin sebab hari Sabtu kot so challenge tak berapa nak rasa sangat. 

Si kecil Amr, tak berapa nak meragam, now, he is sleeping. So, tenaga masih kuat. 

Kuantiti susu, Alhamdulillah ada. Setakat ni belum pam lagi sebab si kecil Amr menyusu every 2 hours, so, production tu masih aktif laaa.. Malam karang or sebelum subuh adalah wajib mengepam. Buat stok. Sebab, malam-malam si kecil Amr menyusu every 3 4 hours, so, kena pam supaya konsep demand and supply itu dipenuhi.

Juadah berbuka puasa? Belum terfikir. Sekarang di dalam kotak fikiran ni adalah baju raya. Ye, saya belum tempah baju raya lagi. Ada berfikir-fikir nak beli baju siap je tapi kalau beli pun kena beli sepasang je la. Kalau beli 2 3 pasang, tauke balak pun bankrap. Tailor dulu sudah lost contact. Ada 3 pasang kain tempat dia tak jahit lagi sebab dah pregnant. Minta dia hold dulu sebab takut measurement lari lepas deliver. Now, nak contact balik, number tu dah out of service.  Kecewa! Tapi nanti nak try jenguk kat rumah dia. Sayangnya kain 3 pasang tu. Orang bagi tuuuu.. Enmmm... Anyway, tailor baru dah jumpa tapi tak pergi tanya lagi boleh jahit lagi ke tak? Kalau dah tak boleh, alamatnya kita kena mengepau Abeyohs laa untuk 2 3 pasang ready made baju raya untuk tahun ni. Heeeeee....

Ok laa.. Si kecil Amr dah bangun and berry-berry.

Till the next post.

Happy Ramadhan Kareem.


July 18, 2012

Nasi Ayam Baba

Posted by Aly Alberta at 8:39 PM 0 comments






p/s..PM for order..=p

July 16, 2012

Assalamualaikum...

Posted by Aly Alberta at 10:15 AM 0 comments
...semua. Lamanya tak melepak dalam niiii... Blog walking pun dah lama tak buat. Saya busy. Almaklum la kitaran hidup sudah berubah. Ni baru anak satu, nanti-nanti dah anak dua tak tau la apa macam... Tapi, nak anak dua tu pun lambat lagi kot. Ngilu dalam perut ni masih terasa. Belum sembuh sepenuhnya I guess...

Oh, Amr's birth story tu masih ada dalam draft. Tak siap-siap lagi. Entah bila nak siap. Amr pun dah 3 bulan setengah. Agaknya dah sampai waktu kot untuk siapkan. InsyaAllah by this week. Ada banyak lagi story mory lain. Semuanya simpan elok dalam kepala ni. Tinggal nak luah je. Nanti, one time kena cari masa lepak lama sikit dalam ni.

Till here for now.

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device