August 18, 2012

29 Ramadhan 1433H, 2012

Posted by Aly Alberta at 12:13 PM
Haluuuu.. Saya masih di kL... Heeeeeeeee... Si Ngia Rio rosak, saat ini dia masih di workshop. Kesian. Kesian dia sebab kena operate. Kesian kami juga sebab tak boleh balik kampung.

Actually, ada hikmah di sebalik kejadian niiii.. Kalau laa abeyohs tak bawa dia pergi bazaar hari khamis lepas, tak tau laa apa akan jadi pada kami di tengah jalan malam tuu. Sebab planning kami nak balik kampung adalah hari khamis malam jumaat tapi bukan la tengah malam, subuh jumaat tu sebelum sahur kami gerak. Selalu abeyohs pergi bazaar naik motor je, entah apa angin dia hari tu nak naik keta pula. Balik dari bazar park depan rumah sementara nak buka pagar, bila nak masuk dalam tetiba ada bunyi benda terseret. Kuat gila. Sampai jiran sebelah rumah pun keluar jenguk. Ingatkan bumper jatuh dan terseret tapi sekali tengok tayar depan sebelah kanan dah lari tune dan steering tak boleh pusing, so kereta tak boleh gerak. Abeyohs intai-intai ada benda patah. Nampak macam teruk. Abeyohs running pergi workshop & cari foreman. Foreman datang and tengok and cakap memang kena tukar and kosnya RM400. Habislaa budget raya.. Itu pun tak cukup lagi tuu.. Haih!

Tapi, abeyohs tak pergi kedai tu laaa.. Sebab nampak macam cekik darah jeee.. Pagi jumaat abeyohs and his part time foreman, mirul pergi cari workshop lain... Sejam lepas tuu lorry towing sampai. Then tetiba ada orang menjerit-jerit. Bukan sebab takut or menangis tapi sebab excited. Orang tuu adalah amr budak busyuk masyam. Punya la excited tengok towing tu. Siap buat bunyi tet tet tet lagiii bila towing tu tengah reverse.. Lama juga nak tow kereta tuu sebab posisi dia & sebab tayar tak boleh pusing dan dia pun tak boleh gerak. Dah la kereta auto, lagi la payah...

Lepas sejam baru boleh sambung and tarik. Itu pun selepas menyuruh jiran-jiran alih kereta dorang. Then bermula laaaa tugas abeyohs sebagai penunggu workshop. Sampai ke maalaaammm.  So, new planning nak balik klate subuh sabtu tapi tak dapat juga sebabnya ada rosak lain pula. Yang patah tu dah ganti balik, yang ni bengkok pulaaa.. Adeh memacam.. So, nak tak nak kena tunggu sabtu pula untuk ganti yang bengkok tu. Kena cari parts dia duluuu.. Haih!

Oleh itu, sekarang ni abeyohs masih setia menjadi penunggu workshop. Foreman tu cakap siap hari ni, so perjalanan balik ke klate adalah selepas keta siap dibaiki. Maybe petang or malam or esok pagi. Eh esok pagi? Pagi raya? Huargggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Huarggghhh lagiiii dan lagiii dan lagiiiii...

Bye. Huarrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

0 comments:

Post a Comment

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device