August 9, 2012

20 Ramadhan 1433H, 2012

Posted by Aly Alberta at 11:34 AM
Hi.. Assalamualaikum.. Tinggal 10 hari je lagi nak raya.. Cepatnya.. Seriously, puasa tahun ni langsung tak rasa. Entah kenapa. Pelik pun ada juga ni. Sebab ada anak kot. Ye la, sampai rumah lepas fetch Amr from school dah pukul 6 pm. Kalau singgah bazaar, sampai rumah dah pukul 6 lebih. Cuci rice cooker, masak nasi, unfrozen ayam, kemas dish rack, melayan Amr, changing diaper;baju;seluar;wiping Amr, susukan Amr, kengkadang tidurkan Amr then tup tup dah pukul 7.20. Terkejut den! Nasib baik ada chef terhebat kuuu...siap juga juadah berbuka puasa kami. Alhamdulillah.

Kalau dolu-dolu masa bujang-bujang, waktu nak berbuka tu rasa macam lambat sangatttttt, sebab tak buat apa pun... Kalau makan kat rumah, lauk pauk dah siap beli, tinggal buh dalam pinggan and masak nasi je... Kalau makan kat kedai, tunggu lauk dihidang, itu kalau lambat masak, kalau cepat, emmm menatap la lauk-pauk tu sementara tunggu azan berkumandang...

Haih! Rasa macam tak puas pula puasa tahun ni. Emmmmm... Takpe laaa.. InsyaAllah kita berjumpa lagi di tahun hadapan ye Ramadhan.. InsyaAllah..

Preparation raya apa macam? Dah settle? Kalau dah settle, cun la tuuu.. Kami punya belum settle.. Heeeeeeeee... 1 apa pun belum beli lagi ni... Oh kain pelekat dah beli tapi belum bayar lagi... Boleh tak? Heee.. Bukan tak nak bayar tapi kena tunggu duit dari kementerian kewangan dulu.. Hari ni, 9 Aug, kementerian kewangan jadi kaya so mari kita berjimba esok, lusa dan tulat. Yippieeeeeeeeeee!!!!!!!

Kepada pembekal kuih and empunya bisnes kain pelekat di office, esok saya bayar ye..

Kepada pemborong baju-baju kurung, sila keluarkan baju-baju yang glamorous.. Tahun ni beli baju siap sudah... Kain-kain ela yang belum dijahit tu pergi jahit lepas raya... Heeeee...

Oh.. Ada baby fair di kLcc 10-12 Aug. Jom serangggggggg!!!!!

 Pic Go-ogled

10 hari terakhir di bulan Ramadhan adalah 10 hari yang amat bermakna. Mana tau kita berjumpa dengan malam Lailatul Qadar. InsyaAllah. Wallahualam.

 Pic Go-ogled

Till here then.


0 comments:

Post a Comment

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device