July 21, 2012

1 Ramadhan 1433H, 2012

Posted by Aly Alberta at 12:25 PM
Alhamdulillah, kita bertemu sekali lagi dengan Ramadhan. Tahun ni tahun ke 2 berpuasa sebagai Nur Airly Alberta dan sebagai isteri. Alhamdulillah. Tahun ni, tahun pertama berpuasa as a mummy. Alhamdulillah. Dan, tahun ni juga kena berpuasa sambil bagi breastfeeding. InsyaAllah success.

Hari pertama, cun! 

Sahur, bangun. Abeyohs and Ben juga bangun. Sahur bertiga.

Nasi, habis sepinggan. Kenyang.

Air 3L, cukup, lebih kot. 

Perut setakat 11.50am, ok. Mungkin sebab hari Sabtu kot so challenge tak berapa nak rasa sangat. 

Si kecil Amr, tak berapa nak meragam, now, he is sleeping. So, tenaga masih kuat. 

Kuantiti susu, Alhamdulillah ada. Setakat ni belum pam lagi sebab si kecil Amr menyusu every 2 hours, so, production tu masih aktif laaa.. Malam karang or sebelum subuh adalah wajib mengepam. Buat stok. Sebab, malam-malam si kecil Amr menyusu every 3 4 hours, so, kena pam supaya konsep demand and supply itu dipenuhi.

Juadah berbuka puasa? Belum terfikir. Sekarang di dalam kotak fikiran ni adalah baju raya. Ye, saya belum tempah baju raya lagi. Ada berfikir-fikir nak beli baju siap je tapi kalau beli pun kena beli sepasang je la. Kalau beli 2 3 pasang, tauke balak pun bankrap. Tailor dulu sudah lost contact. Ada 3 pasang kain tempat dia tak jahit lagi sebab dah pregnant. Minta dia hold dulu sebab takut measurement lari lepas deliver. Now, nak contact balik, number tu dah out of service.  Kecewa! Tapi nanti nak try jenguk kat rumah dia. Sayangnya kain 3 pasang tu. Orang bagi tuuuu.. Enmmm... Anyway, tailor baru dah jumpa tapi tak pergi tanya lagi boleh jahit lagi ke tak? Kalau dah tak boleh, alamatnya kita kena mengepau Abeyohs laa untuk 2 3 pasang ready made baju raya untuk tahun ni. Heeeeee....

Ok laa.. Si kecil Amr dah bangun and berry-berry.

Till the next post.

Happy Ramadhan Kareem.


0 comments:

Post a Comment

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device