July 27, 2012

7 Ramadhan 1433H, 2012

Posted by Aly Alberta at 12:45 PM
Reactions: 
Assalamualaikum..

Hari ni dah 7 Ramadhan. Gila cepat masa berlalu. Tak sedar. Emm.. 

Preparation for Raya is null. Haih! Baju raya belum beli or tempah. Baju raya Abeyohs belum cari. Baju Amr lagi laaaaa.. Orang cakap, kalau dah ada anak ni nak buat preparation tu adalah semangat! Tapi Abeyohs and I, heh no feeling at all. Abeyohs suka buat last minute. I suka planning tapi disebabkan Abeyohs suka last-last minute so I pun terjebak sama. I dah buat list tapi list hanya tinggal list. Tunggu bonus kot baru list tu dicari balik. Heeee.. =p

Ok, cerita pasal Ramadhan. Until yesterday, kami berjaya berbuka puasa di rumah tanpa kelam kelibut. Manage to masak + beli lauk di bazaar. Disebabkan lauk dari bazaar juga la Abeyohs cherry berry 2 hari berturut-turut. Kesian. Me? Tak. Sebab I masih berpantang makan-makan ni, Amr kan breastfeed so I terselamat. Thanks God. Kalau cherry berry juga, memang pengsan.

Menu hari-hari adalah sup, sup, sup dan sup. Sup ayam of course la masak sendiri. Sup daging beli kat bazaar laaa... Oh, dan bonbon ayam. Itu adalah menu wajib kami berbuka puasa. Kuih muih macam biasa laaa... Seri muka, murtabak, agar-agar, akok, puding caramel semua dah rasa tinggal kuih talam and donut lagiiii.. Petang ni kena beliiii...

How is bazaar? Emm hanya 1st day je pergi bazaar tu pun bazaar kecik yang boleh di-conquer selama 10 minit. Bazaar besar tak pergi lagi. Parking kat bazaar selalu pergi. Heeeeee... Amr and I duk dalam keta after fetch Amr from school. Bukan tak nak pergi tapi kesian Amr. Bazaar tu ramai orang, banyak asap, macam-macam orang so untuk kebaikan bersama kita duk dalam keta dengar HotFM Jam je laaa.. Abeyohs laa selalu pergi bazaar. Hasil pembelian juga agak lumayan. Ye la, kalau dah lapar, semua pun bedal...

Amr pula macam mana? He's ok. Orang sahur, dia pun sibuk nak bersahur. Orang buka puasa, dia sibuk nak sleep. Layan je laaaa... Sekarang, Amr dah boleh tiarap. Siap angkat kepala and sengih lagi. Kalau letak atas comforter on the floor memang akan meniarap. Play gym dia dah bukan rupa play gym dah sebab Abeyohs dah cabut benda alah yang gantung-gantung tuu. Semalam dia nak meniarap tapi tersekat kat tiang benda gantung-gantung tu terus merengek laaa.. Oleh itu, hall kena lapang dan luas sebab dia bukan je pandai pusing dan tiarap tapi pusing + tiarap + guling-guling + mengengsot. Nampak gayanya macam kena beli kandang ni.. Kat mana ada jual ek??

Ok laaa.. Nak ready untuk ber-window shopping kat bazaar tengahari kat bawah office ni pula. Mana tau ada yang berkenan...

Till here..

0 comments:

Post a Comment

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device