Hi.. Saya kenyang! Orang belanja nasi lemak. Kak. Maz cakap lauk kenduri walaupun sebungkus nasi lemak setiap seorang.. Ye la, orang nak kahwin yang belanja. Ni 1st time I dibelanja oleh orang yang nak kahwin. Selalu dibelanja oleh orang yang dah kahwin. Semalam pengantin baru tu e-mail to all;
“Dear All,
Since not all will be able to make it to my wedding, I wish to provide a per-wedding breakfast treat for all staff. The breakfast consist of Nasi Lemak and cakes , and it will be available in the cafeteria in the morning … by 7.45am.
Please do not buy breakfast for tomorrow (Thursday, 16 June 2011).
Enjoy.“
Sweet kan? Thanks bride to be. Congratto in advance! May your wedding day full with blessing. Amin.
OK! Now, kita sambung cerita semalam. Boleh? I tak ngantuk tapi I boring! Keja ada tapi filing. Boring tau buat keja filing ni. Kena panjat-memanjat. Letih!
Ok, ok.. Sambung cerita semalam.
Malam Nikah
I dah get ready seawal pukul 5pm. Dah mandi siap semua dah. Tangan kaki bau inai!! Lomah den. Baju nikah dah siap gosok. Bilik pengantin dah siap kemas. Meja solek dah berkilat. Cermin besar dah clean and clear. Kipas berfungsi dengan baik. Everything dah settle, kita makan dulu!! Saya makan awal. Makan lauk kenduri. Yeah! Tapi tak makan banyak nanti kang sakit perut memalam. Tengah makan tu Abeyohs bawa berita yang tak berapa nak baik iaitu Tok Imam akan datang pukul 10pm. Nak tersedak isi ayam. Nak tersembur nasi beras siam. Lambat gila!!! Alasannya, Tok Imam kena nikahkan pasangan lain di masjid dulu. Kami buat kat rumah so kami yang lambat, yang buat kat masjid kena awal. Haih! Memacam dugaan tapi takpe. Relax… Lepas makan lepak-lepak tengok tv. Pukul 6pm mandi lagi. Lepas mandi, tunggu mak andam dengan sabarnya.
Makeup time! Yeah! Mak andam sampai sebelum Maghrib. Mak andamnya come bernama Kak. Ti. Mekap adalah dalam sejam. Lenguh mendongak. Letih buka tutup mata. Tapi, everything went well. Lepas siap mekap, pakai baju. Lepas pakai baju, buat rambut. Part buat rambut I suka! Heeee… Tapi kali ni buat rambut simple je. Tak vogue sebab malam nikah kan. Lepas semua dah siap, Kak. Ti mengundurkan diri. Saya menunggu dengan sabarnya.
Dalam pukul 8pm, dorang mumy sampai. Dorang lepak kat ruang tamu and bilik pengantin. Pzie, Kd & Don being the OP for that night. Don accompanies me in the room before Bazilah the bridesmaid arrived. Photo shooting berlangsung sebelum, semasa, selepas nikah. Oleh kerana sibuk bergambar, I tak sedar pun Tok Imam sampai. Dorang pun tak inform. Sedar-sedar je bila Tok Imam datang tanya setuju atau tak setuju. After 10 15 minutes, Pzie came in to snap photo the wife. Hah! Dah selesai. Berapa lafaz? Cer teka cer teka.. =p
So, I pun dipanggil keluar untuk upacara batal air sembahyang. Nervous! Tok Imam dah turun bawah pergi makan. Yang tinggal families saja dan saya amat malu! Part yang ni, saya bagi gambar ek.. Tak reti nak cerita!
see dad..tekun mendengar..
korang dah dapat teka berapa lafaz?
signing ceremony..tangan shacking tak hingat!
heeeee....=>
heeeee jugaaa..=>
salam dan cium tangan paling lama di abad ini..=p
first kiss!!!
Alhamdulillah dah settle semua... Next is cerita pada 040611 pula.. Tunggu next post la ek..
p/s..baju nikah ni nak pakai bila lagi ek??..pakai gi keja boleh??
0 comments:
Post a Comment