April 12, 2011

Nafsu...

Posted by Aly Alberta at 11:49 AM
Hey.. Apakah itu NAFSU?? IMO, nafsu tu adalah kehendak seseorang manusia. Semua orang mempunyai nafsu. Tipu la kalau cakap tiada nafsu. Kalau ada orang cakap, “saya tiada nafsu”, lepuk kepala dia. Binatang pun ada nafsu tau!

Hah! Kenapa tiba-tiba story pasal nafsu ni? Sebab, saya terfikir-fikir nafsu yang saya ada dan yang orang lain ada.  Setiap orang tu mempunyai nafsu yang berbeza-beza. Tak sama! Even si kembar pun nafsu lain-lain.

Nafsu yang paling ketara sekali dalam diri saya ialah nafsu shopping! Ni semua orang ada. Baik lelaki mahu pun perempuan. Kalau lelaki, kebanyakannya nafsu shopping yang membuak-buak kat accessories keta. Setiap bulan nak tukar sport rim. Kalau perempuan pula, nafsu shopping kat baju la. Selagi 8 almari tak penuh, selagi tu kita shopping! Kalau boleh nak beli 1 MNG tu, 1 Zara tu, 1 Jaya Jusco pun gempak juga. Tu baru baju. Tak masuk lagi bag, kasut, slippers, accessories, make-up, hat, tudung dan lain-lain. Tapi, so far saya boleh kawal nafsu shopping saya ni. Meaning, kalau ada duit, nafsu yang membuak-buak itu akan diikut dan syaitan pun bersorak gembira sebab trick dia berjaya tapi kalau tiada duit nafsu itu akan terpadam automatically. Time ni syaitan tengah garu kepala la, fikir next tricks. Tapi, kengkadang tak boleh juga, syaitan dah goda baik punya kan, dah tau tiada duit tapi gatal juga nak shopping especially online shopping. Rambang mata, semua cantik. Tanya, order, confirmed order memang senang. Bayar lagi la senang. Guna CIMB clicks saja. Click sana, click sini dah complete! Then, esok lusa bila receptionist call ada poslaju, berlarilah turun, buka-buka, barangnya indah khabar dari rupa je. Tak laaa cantik sangat macam kat gambar itself. So so je. Bukan setakat barang tak cantik, duit nak makan  tinggal 10 hinggit. Gaji 2 minggu lagi baru dapat. Hahahahaha.. Padan muka hang! Memang makan bread gardenia hari-hari la jawabnya. Beli bread gardenia yang size besar tuu then breakfast makan bread cicah tea. Lunch pun makan bread, tapi up sikit sapu marjerin kat bread baru cicah tea. Dinner, balik rumah melantak 4 pinggan nasi. Hah!! Yang ni nafsu makan!

Saya selalu juga gagal dengan nafsu makan ni. Ye la, time lapar memang semua yang kita nampak nak makan. Nampak nasi goreng ayam kunyit, masuk queue. Nampak yong tau foo, ambil bakul kecil tu. Isi sebanyak mungkin sampai penuh. Nampak apam balik, beli seplastik. Nampak pau, beli pau rona pink. Nampak soya, beli secawan. Nampak cendol, beli juga secawan. Nampak ice-cream, beli sebatang setiap flavor. Kalau boleh setiap makanan yang jual kat bawah tu semua nak beli. Semua nak borong. Sampai kat pantry, letak atas meja bulat. Penuh tu 1 meja. Sampai tiada space nak baca paper. Pilih punya pilih, belek punya belek, saya makan nasi goreng ayam kunyit je. Yang lain tuuu…kakak-kakak kat ofc yang makan. Dorang kirim kat saya. Saya tolong beli je. Hahahaha.. Jangan marah hah. Nanti kena jual. Eh! Marah lagi.. Kawal nafsu marah tu, nanti kena darah tinggi, sakit jantung, kencing manis. Kan susahhh..

Saya kalau marah memang suka jerit-jerit, teriak-teriak. Terus pukul-pukul, hentak-hentak kaki. Tapi kalau saya dah start buang-buang barang tu maknanya nafsu marah saya sudah tak terkawal.Tapi saya cepat cool. Janji jangan duk membebel time saya dah senyap tu. Kalau membebel juga, memang kena jeritan syaitan laaa.. Boleh pecah gegendang telinga anda. Time ni nafsu syaitan dah mula naik. Heeeeeeeeeeee.. Nafsu syaitan ni lebih kurang sama tapi tak berapa sama dengan nafsu gedik. Saya ada nafsu gedik juga. Tapi tak berapa nak gedik la macam FS tuu. FS punya gedik tahap gaban, tingkat paling tinggi, tingkat penthouse tu. Gedik saya tingkat satu je. Mampus laa kalau abeyohs si peminat no.1 FS tu baca. Statement ditulis bukan atas dasar cemburu atau dengki, tapi, ini adalah kenyataan ok. Nampak sangat gediknya. Kan? Kan? Siapa setuju angkat tangan macam Usop Wilcha?! Kalau tak setuju, memang korang malas kan nak angkat tangan. Ni dipanggil nafsu malas!

Saya dengan nafsu malas ni memang kawan baik! Dari azali lagi. Tak pernah berpisah. Sekarang ni nafsu malas la juga ni. Malas buat kerja ofc tapi rajin buat entry blog. Padahal keja berlambak, tapi blog juga didahulukan. Reputasi blog diutamakan. Kalau tak update entry nanti orang lari pergi baca blog orang lain yang blogging tiap-tiap hari tu.  Kang nafsu sedih lak yang datang. Hahahaha..

OK laaa.. Saya undur diri dulu la ek. Nafsu rajin dah datang ni. Nafsu rajin ni macam chipsmore. Kejap ada, kejap tiada. 


p/s..If early 40s married man have a relationship with a 20s girl, panggil nafsu apa lak? Nafsu kesian pada isteri dan anak-anak yang kecil dia letak mana? Ni belum kira nafsu kesian pada bekas isteri dan anak-anak lain. Nafsu isteri, bekas isteri dan bakal isteri mungkin boleh ditangani. Tapi, mampukah dia menangani nafsu-nafsu yang ada pada setiap orang yang berbinkan nama dia?

0 comments:

Post a Comment

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device