August 19, 2011

19 Ramadhan 1432H, 2011

Posted by Aly Alberta at 12:23 PM
Hi.. Hello.. Assalamualaikum..

Saya dengan sedihnya nak bagi tau yang saya tak puasa. Dah 5 hari. Sedih tahap gaban!!!! Jenuh nak ganti... Tapi dalam tak puasa tu, masa berbuka adalah masa yang ditunggu-tunggu. Act like I'm fasting for the whole day!! Very the, tak malu!!!

Ok, kita story mory...

Hari tu stop kat 10 Ramadhan..

11 Ramadhan..Oh mengikut magic calendar hari ni puasa tapi dah lupa makan apa..

12 Ramadhan..Makan kebab di tengahari selepas memborong tudung dan baju inner. Apa nak jadi?

13 Ramadhan..Puasa!!!..Buka kat rumah. Tapi sebelum buka puasa pergi jenjalan kat Jalan TAR. Jenjalan je. Ada la jumpa 4 5 beg plastik masa jenjalan tu. Dah terjumpa kan, nak buat macam mana. Rezeki jangan ditolak. Tak baik. Heeeee..... Tapi yang tak best tu duk kat dalam parking Sogo tu 2 jam. I siap boleh tertidur lagi. Sedar-sedar je baru nak bayar parking. Memang gila!!! Keta banyak tapi kaunter keluar buka 1 je. Memang hampeh tahap gaban! We having ikan bawal 3 rasa + sayur kailan ikan masin + tomyam ayam made by Restoran Niyang Rapik. Esok dah nak dekat raya, kedai Niyang Rapik tu mesti tutup. Mana la nak cari makanan niiiii... Tapi, macam sama je cuti kami nanti. Kena tanya nanti ni.. Baru boleh merancang... Heeee..

14 Ramadhan..Puasa juga!!!..Buka at Ampang. Pergi ke bazaar ramadhan Bukit Indah after 2 weeks of puasa. Kalau dolu-dolu, tiap-tiap hari pergi.. Macam biasa, kuih donut + cakoi + kuih champiang kacang wajib dibeli. Ada new attempt iaitu roti boom. Kena ambil nombor as order sebab ramai gila yang nak order. Sampai bazar 5.30pm, dapat number 34, dapat roti boom pukul 6.30pm. Sejam tunggu!!! Gila!!! Having Aunt Hanim's chicken curry. Perggghhhhhh...tambah 3 kali tau.. Lepas tu makan roti boom cicah that curry juga, habis satu setengah keping. Full house! Tak lepak lama sebab itu Abeyohs sibuk nak balik sebab nak tengok bola. Ngeng!

15 Ramadhan sampai 19 Ramadhan...Tak puasa!!!! Sendiri mau ingat laaaaa... Pergi klinik 3 kali dalam masa 5 hari. Memang memecahkan Airly's Book of Record!!!!

Oh, on 17 Ramadhan join Abeyohs, Pokyaa & the gang buka puasa at Seoul Garden. Selalu melantak yong tau foo tapi this time, melantak daging marinated with black pepper yang dibbq. Yang pelik, tak rasa pening padahal makan banyak ni. Kalau selalu, makan 2 keping dah pening-pening lalat. Selera perut dah lain. Ikut je laaaa.. Kang tak ikut, kesiannnnnn... =p

Kejap je kan, dah 19 Ramadhan. Kalau ikut calendar, 10 hari lagi dah raya. Kasut raya belum beli lagi ni. Handbag raya pun tak cari lagi. Esok lusa minggu depan dah nak balik kampung. Takkan nak cari kat kB Mall. Tak larat nak hadap traffic jammed di kB.

Oleh sebab itu, wahai Abeyohs, mari la kita berkunjung ke mall-mall yang berdekatan. Macam biasa, kita pergi jenjalan je. Mana la tau kan terjumpa barang 4 5 6 beg plastik. Rezeki ada dimana-mana...=p

0 comments:

Post a Comment

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device