August 26, 2011

26 Ramadhan 1432H, 2011

Posted by Aly Alberta at 11:56 AM
Reactions: 
Hi… Assalamualaikum… Hari ni dah puasa ke 26. 3 @ 4 hari lagi raya. Yeah!!! Saya seperti biasa adalah tidak berpuasa di bulan mulia ini. Rasanya sampai ke hujung ramadhan saya tidak akan berpuasa. Mengikut kepada keadaan semasa dan kuantiti ubat yang diambil, makanya, kualiti untuk berpuasa itu adalah sangat rendah. Dan itu juga adalah satu perasaan yang amat tak best. Di kala orang semua sibuk memungut pahala, saya sibuk mengutip nasi yang bertaburan di meja semasa rehat makan tengahari. Chesdale!! Ayat tak boleh blah… Gila serius!!!! Tapi itu adalah reality dan saya pasrah. Semuanya ada hikmah disebaliknya… Yang penting, saya sudah bertekad, saya sudah berazam akan mengganti puasa-puasa itu. Dah berhutang kena la bayar!! Kan?!

Ok.. Esok adalah hari pulang ke kampung. Banyak lagi yang belum disediakan ni. Gaji bulanan pun belum nampak bayangnya. Oleh itu, apabila gaji belum masuk, maka semua persiapan akan terbantut. Hopefully, by today’s lunch hour sudah masuk. Kalau tak, kelip-kelip mata je laa tengok barang-barang kat bazaar bawah tuuu…

Kita sambung cerita puasa…

24 Ramadhan..Sudah ke office setelah menjadi MC’s queen selama 2 hari. Tak puasa! Having nasi lemak for breakfast and nasi ayam for lunch. Buka puasa Abeyohs bought ikan keli + terung masak sambal. We masak nasi + kismis. Nasi lembik sangat macam bubur. Sebab beras baru dan tak tau kelembikan dan kekerasannya lagi.

25 Ramadhan..Tak puasa juga. Having nasi lemak for breakfast and nasi campur for lunch. For buka puasa, we went to Restoran Puteri di Pantai Dalam. We bought gulai ayam + acar timun + ikan patin masak lemak for Abeyohs. Ben ada kat rumah. He’s on raya holiday for a week. So, dia tukang masak nasi. Nasib tak lembik. Tambah 2 kali dan so oh!!!

26 Ramadhan..Tak puasa lagi. Having mee + meehoon for breakfast. Lunch? Tengok la kalau gaji dah masuk. Kalau belum, kita makan kebab je la ek…

Well, I might be away for a week. Oleh itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca-pembaca blog saya ini. Dengan rendah diri, saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan semuanya ye… Kita jumpa di bulan Syawal nanti.

Have a great holiday everyone.

Happy Eid!!!

0 comments:

Post a Comment

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device