May 19, 2011

Makcik...

Posted by Aly Alberta at 3:22 PM
Reactions: 
Hi.. Kenapa bila seseorang manusia itu bergelar atau berpangkat makcik mesti manusia tersebut adalah seorang yang suka menyibuk hal orang?! Saya tak faham betul laaa.. Tapi, saya tak maksudkan semua manusia yang bergelar makcik. Hanya segelintir makcik-makcik ni je yang tak sedar diri yang dorang ni makcik kepoh!

Memang tak boleh blah! Di sekeliling saya ada banyak makcik-makcik cenggini. Suka menyibuk hal orang. Kalau boleh setiap inci kain yang ada badan seseorang tu dia nak check. Kain dia yang dah koyak rabak tu tak ambil peduli pula! Setiap jenis cerita dia nak korek. Semua jenis masalah dia yang dapat tau dulu. Kalau dah tau then diam takpe, tapi ni, sudah tau dicanang pula satu dunia. Dasar mulut tempayan! Dia pun tak tau cerita itu betul atau tak. Bagi dia, yang penting cerita hot! Dan harus diketahui oleh semua orang. Haih!

Kengkadang, ada juga manusia yang belum bergelar makcik tapi perangai mengalahkan makcik! Jenis makcik yang cenggini bukan setakat inci kain, setiap cm kain dia nak check, dia nak tau. Kain dia? Kain dia dah lucut dah, tu yang dia dah tak kisah pasal kain dia. Huh!

Pendek kata, makcik dengan gossip memang tak boleh dipisahkan. Saya bukan nak mengata atau memperlekehkan makcik-makcik ni tapi saya rimas. Tak padan dengan orang kengkadang tu. Apa pun, saya amat berterima kasih dengan makcik-makcik ni sebab tanpa mereka saya takkan tau gossip terkini dan terhangat di pasaran. Tapi, apa nak buat kan.. Ni semua kejadian Tuhan. Saya hanya mampu berdoa supaya dilindungi dan diberkati sepanjang hidup saya. Amin.

0 comments:

Post a Comment

 

Princess Diaries Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device